Nahas bas UPSI satu kehilangan besar, kebajikan mangsa dan waris akan dibela – Mustapha

KOTA KINABALU – Tragedi kemalangan bas yang meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di jalan Jeli-Gerik tengah malam tadi disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat negara.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, insiden itu amat menyedihkan kerana melibatkan golongan pelajar yang sedang dilatih untuk menjadi pendidik dan pencorak generasi akan datang.

“Kemalangan ini merupakan satu kehilangan besar buat negara kerana melibatkan bakal pendidik.

“Saya bagi pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan juga warga Sabah ini kami mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat.

“Sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi saya memang amat bersedih sebab kejadian ini berlaku dalam keadaan kita ingin mendidik bakal-bakal guru, pendidik kita, dan mereka terlibat dalam kemalangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang MADANI Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 Parlimen Sepanggar di Dewan Rafflesia Politeknik Kota Kinabalu, di sini pada Isnin.

Mengulas kemungkinan penglibatan pelajar Sabah dalam tragedi itu, beliau berkata, belum ada maklumat diterima setakat ini namun akan memberi perhatian khusus sekiranya ada dengan bantuan Kerajaan Negeri.

“Setakat ini saya belum menerima maklumat lagi tetapi kalau ada saya secara peribadi akan mengurus perkara ini dengan bantuan Kerajaan Negeri,” ujarnya.

Menurut Mustapha, KPT telah minta UPSI untuk mengambil langkah menjaga kebajikan para mangsa dan keluarga terlibat.

“Seperti biasa kita akan uruskan dari segi penghantaran jenazah, sumbangan yang diperlukan daripada Yayasan Perkasa Siswa.

“Kita juga akan pastikan bahawa insurans yang dibayar oleh pelajar ini, kita akan beri kepada keluarga mangsa.

“InsyaAllah kita akan pastikan kebajikan mereka akan terjaga,” katanya.

Related Posts

Hayati semangat Deklarasi Permatang Pauh, jangan ada lagi persengketaan demi perkasa parti

AYER KEROH – PKR perlu kembali menghayati semangat reformasi dan prinsip Deklarasi Permatang Pauh 1998 untuk mencari akar kepada idealisme perjuangan dalam membina kembali kekuatan untuk bangkit selain dapat memastikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan AUKU buka ruang lebih luas kepada mahasiswa – Kamil Munim

AYER KEROH – Keputusan kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dilihat sebagai perkembangan penting dalam usaha memperluas kebebasan serta penyertaan mahasiswa dalam kehidupan kampus dan masyarakat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hayati semangat Deklarasi Permatang Pauh, jangan ada lagi persengketaan demi perkasa parti

Hayati semangat Deklarasi Permatang Pauh, jangan ada lagi persengketaan demi perkasa parti

Pemansuhan AUKU buka ruang lebih luas kepada mahasiswa – Kamil Munim

Pemansuhan AUKU buka ruang lebih luas kepada mahasiswa – Kamil Munim

Cadangan pemansuhan AUKU dibawa ke Kabinet pada Rabu

Cadangan pemansuhan AUKU dibawa ke Kabinet pada Rabu

Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

Dakwaan balas dendam bukan alasan menyekat lebih banyak siasatan RCI agensi kerajaan

Dakwaan balas dendam bukan alasan menyekat lebih banyak siasatan RCI agensi kerajaan

Kestabilan politik pacu kesinambungan projek pembangunan mega di Limbang

Kestabilan politik pacu kesinambungan projek pembangunan mega di Limbang