Penyokong Hijau Kuning ‘pening’, dua pasukan guna nama Kedah

ALOR SETAR – Presiden Kelab Penyokong Kedah Darul Aman (KEPDA), Nor Hasmadi Hamzah menganggap kewujudan pasukan baharu dengan nama Kedah FA dalam saingan Liga A1 musim hadapan bakal mengundang perpecahan dalam kalangan penyokong.

Ia susulan penganjur Liga Bola Sepak Amatur (AFL) mengumumkan Kedah FA bakal bertanding pada saingan musim depan manakala Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sedia ada antara tiga pasukan diberikan kelulusan bersyarat untuk menyertai Liga A1 Semi Pro.

Menurut Hasmadi, pihaknya merasa pelik dengan tindakan menubuhkan kelab baharu diberi nama Kedah FA sedangkan KDA FC masih lagi bernyawa dan membawa imej negeri Kedah selama ini.

“Bayangkan ahli dalam kelab kami juga akan pening terpaksa memilih untuk menyokong kelab yang mana satu ini boleh mengundang perpecahan dalaman dalam kalangan kelab kami sendiri.

“Selain itu, penyatuan seluruh penyokong Kedah juga akan tergugat apabila kedua-dua pasukan bakal beraksi dalam satu liga dan pada masa yang sama bertembung antara satu sama lain.

“Malah dalam aspek kewangan dan penajaan pasukan juga boleh menyusut disebabkan penaja juga terpaksa memilih salah satu untuk menaja pasukan.

“Ini boleh mengecilkan jumlah penajaan yang mana KDA FC sendiri sedang berjuang untuk membina kewangan daripada penaja berpotensi di Kedah,” katanya

Related Posts

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

BRIGHTON & Hove Albion membelasah Chelsea 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sekali gus melonjak ke tangga keenam liga dengan 50 mata. Ferdi Kadioglu membuka jaringan seawal minit ketiga sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

WOLVES disahkan tersingkir dari saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi selepas keputusan seri tanpa jaringan West Ham United menentang Crystal Palace menutup peluang mereka untuk kekal. Kelab dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti