Makan durian baru ‘gentleman’

BELUM pun cukup 24 jam selepas melancarkan manifesto ‘PADU’, calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin memuat naik video kempen melibatkan dua individu yang tular dalam pergaduhan ‘one by one gentleman’.

Video berdurasi satu minit 38 saat itu menampilkan pemilik kedai runcit, Goh Yap Eng dan pelanggan, P Inthiran bersama calon mewakili Kerajaan Perpaduan berkenaan menikmati durian sebagai simbolik perpaduan kaum di Malaysia.

Sebelum ini, tular rakaman video pergaduhan antara kedua-dua lelaki berkenaan saling membuat provokasi sehingga menjadi usikan.

Rata-rata pengguna aplikasi X memberi komen memuji usaha Joohari atau lebih kenali sebagai Cikgu Joohari dalam mempelbagaikan bahan kempen menjelang hari pengundian, minggu depan.

Ada juga yang memberi cadangan kepada beliau untuk membuat ‘content’ di beberapa lokasi lain di kawasan Sungai Bakap.

Cikgu Joohari menentang calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail pada PRK berkenaan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Related Posts

RSEA gesa audit keselamatan semua struktur pengiklanan di lebuh raya

KUALA LUMPUR – Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (RSEA) menggesa audit keselamatan struktur secara menyeluruh dan segera terhadap semua papan iklan berskala besar yang berpotensi membahayakan pengguna di sepanjang lebuh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

SUBANG – Seramai 11 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berlepas ke Nepal hari ini bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dan operasi mencari serta menyelamat susulan bencana yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Semarak Merdeka MADANI medan rapat hubungan komuniti

Program Semarak Merdeka MADANI medan rapat hubungan komuniti

RSEA gesa audit keselamatan semua struktur pengiklanan di lebuh raya

RSEA gesa audit keselamatan semua struktur pengiklanan di lebuh raya

Jerebu Sabah menurun, jangan ambil mudah – Dr Dzulkefly

Jerebu Sabah menurun, jangan ambil mudah – Dr Dzulkefly

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM