Pemuda Pas tak perlu jadi ‘batu ronson’, kata AMK Indera Mahkota

KUANTAN – AMK Indera Mahkota mengecam tindakan Pemuda Pas Pahang yang cuba mengaitkan penyertaan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ke dalam PKR, memalitkan imej Kerajaan Perpaduan di negeri ini.

Ketuanya, Ahmad Saifullah Razali berkata, kenyataan pemimpin Pas itu didakwa tidak bertanggungjawab kerana perkara terbabit langsung tidak memberi kesan kepada pentadbiran di Pahang.

“Sebagai pemimpin muda, saya mengingatkan Pemuda Pas supaya tidak menjadi ‘batu ronson’ yang menyalakan api kebencian serta perpecahan rakyat.

“Rakyat sudah muak dengan politik tuding jari dan taasub fitnah yang tidak membawa sebarang nilai tambah kepada pembangunan negeri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, isu Tengku Zafrul adalah urusan dalaman parti di peringkat pusat dan langsung tidak ada kaitan dengan pentadbiran Kerajaan Perpaduan di Pahang.

Cubaan mengheret kerajaan negeri dalam isu ini, tambahnya, adalah tidak bertanggungjawab dan berniat jahat.

“Penyertaan Tengku Zafrul adalah keputusan peribadi beliau dan tertakluk kepada proses ditetapkan parti seperti dijelaskan Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh.

“Perkara ini langsung tidak memberi kesan kepada dasar, pendirian, atau keutamaan Keadilan di peringkat negeri, terutamanya di Pahang,” katanya.

Tengku Zafrul, yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, sebelum ini dilantik sebagai senator dan calon BN di kerusi Parlimen Kuala Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15, namun tewas kepada calon PH.

Related Posts

Putra persoal gesaan UMNO, Pas supaya PRU16 diawalkan

PARTI Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mempersoalkan gesaan UMNO dan Pas supaya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal. Ketua Penerangan Putra, Shahrulufti Sharif berkata, pihaknya meneliti secara mendalam alasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jika UMNO pilih PN, PH perlu perluas ‘khemah besar’ – Faiz

PAKATAN HARAPAN (PH) perlu memperluaskan konsep ‘khemah besar’ dengan mencari rakan politik baharu sekiranya UMNO memilih memperkukuh kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN). Menurut Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil berkata, PH…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014