Polis rampas RM13.14 juta syabu

KANGAR – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis berjaya merampas 365 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM13.14 juta dalam serbuan di Kampung Belat Batu, Beseri malam kelmarin.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, serbuan tersebut membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun yang memandu sebuah kenderaan yang membawa bungkusan berisi dadah.

“Pemeriksaan lanjut menemui 17 guni berjahit mengandungi bahan disyaki syabu dengan berat keseluruhan 365 kilogram yang boleh digunakan oleh kira-kira 3.6 juta penagih,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek menggunakan laluan hutan di Padang Besar sebagai transit untuk menyeludup dadah ke selatan tanah air.

Tambahnya, suspek kini direman selama tujuh hari mulai 1 Jun 2025 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Hasil saringan air kencing terhadap suspek mendapati dia positif methamphetamine dan semakan rekod jenayah menunjukkan dia mempunyai kesalahan lampau berkaitan dadah,” ujarnya.

Katanya lagi, tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 juga diambil dengan anggaran nilai aset yang disita berjumlah RM15,000 iaitu sebuah Proton Waja.

“JSJN juga sedang mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai melarikan diri semasa serbuan dilakukan,” katanya.

Sementara itu, dalam satu lagi kes berasingan, seorang lelaki warga Thailand berusia 30 tahun ditahan di Taman Singgah Sana, Padang Besar kerana memiliki dua kilogram ganja mampat.

Dadah yang disorok dalam tong sampah itu dianggarkan bernilai RM6,200 dan cukup untuk kegunaan 20,000 orang penagih.

“Suspek turut disahkan positif methamphetamine dan aset miliknya berupa sebuah motosikal Honda Vario bernilai RM6,000 telah disita,” jelas Muhammad.

Beliau menyeru orang ramai agar terus menyalurkan maklumat kepada polis bagi membanteras aktiviti pengedaran dadah di negeri ini.

Related Posts

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram