Sarjan, Koperal tak mengaku lakukan pemerasan terhadap pegawai khas Exco

GEORGE TOWN – Dua anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melakukan pemerasan ke atas wanita yang juga pegawai khas Exco Pulau Pinang, Mac lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Sarjan Shahrizal Ali, 46, dan Koperal Fadzli Jamaludin, 34, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas pertuduhan tersebut.

Mereka didakwa dengan sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakukan kepada Mandy Leow Zhia Hooi, 31, berhubung risiko ditangkap oleh Polis Diraja Malaysia di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Perbuatan itu mendorong mangsa menyerahkan wang RM1,000 kepada tertuduh pada pukul 2.25 pagi, 14 Mac lalu di tepi Jalan Anson di hadapan Penang Buddist Association di sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Danial Amir Saad menawarkan jaminan RM6,000 bagi setiap tertuduh berserta syarat tidak mengganggu pengadu.

Peguam K. Mahendran memohon jaminan ke atas dua anak guamnya dikurangkan kerana mereka menanggung keluarga.

”Anak guam saya, Shahrizal mempunyai enam anak, berpangkat Sarjan dengan pendapatan bulanan sebanyak RM4,000, manakala Fadzli berpendapatan RM2,000 sebulan.

”Kedua-dua mereka diberikan jaminan polis pada 24 April lalu dan mematuhi syarat yang telah ditetapkan selain memberi kerjasama dengan hadir ke mahkamah. Jadi saya mohon jumlah jaminan dikurangkan,” katanya.

Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 24 Jun ini untuk sebutan kes. Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh tidak mengganggu pengadu sehingga kes selesai.

Related Posts

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

KUANTAN – MyFuture Policy Lab Edisi Pertama Peringkat Sekolah-Sekolah Parlimen Paya Besar Sesi 2026 menjadi platform baharu dalam usaha memperkukuh kefahaman generasi muda terhadap dasar awam, tadbir urus dan pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion