CCTV pantau pembuangan sampah haram

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri terus komited membanteras isu pembuangan sampah haram yang dilihat semakin berleluasa di sekitar bandar raya ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, menerusi kerjasama dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), sebanyak 500 buah kamera litar tertutup (CCTV) yang turut dilengkapi teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dipasang di beberapa kawasan panas.

Menurut beliau, peralatan yang berfungsi dengan menggunakan tenaga solar itu mampu
mengesan sebarang pergerakan mencurigakan dan pada masa sama dapat memberi amaran secara automatik kepada individu tidak bertanggungjawab yang cuba membuang sampah secara haram.

“Sistem CCTV pintar ini turut disambungkan terus ke Pusat Kawalan MBJB bagi proses pemantauan waktu nyata dan tindakan segera, di mana pengujian awal telah dilaksanakan di lorong Jalan Dedap 4, Taman Johor Jaya, di sini.

“Lokasi itu merupakan antara tempat yang sering menerima aduan berkaitan masalah lambakan sampah haram daripada penduduk setempat dan peniaga,” katanya ketika membuat pemantauan di kawasan berkenaan.

Justeru, menurut beliau, bagi memastikan isu berkaitan sampah dan juga soal keselamatan diperkasakan, sebanyak 2,500 unit CCTV bakal dipasang di sekitar bandar raya ini menjelang 2030, sekali gus menyokong pelan rancangan inisiatif The Greater Johor Bahru.
 
Tambahnya lagi, bagi memperkukuh inisiatif itu, Jawatankuasa Khas Pembuangan Sampah Haram ditubuhkan untuk merangka pelbagai program kesedaran, mengkaji semula undang-undang sedia ada dan mencari kaedah baharu dalam mempertingkatkan tahap penguatkuasaan, sekali gus memastikan isu sampah haram dapat ditangani secara menyeluruh dan berkesan.

Awal bulan lalu, sebuah video tular memaparkan perbuatan dua lelaki membuang sampah ke dalam dan tepi sungai di Taman Sri Plentong, di sini.

Rakaman kamera papan pemuka kereta berdurasi 2 minit 11 saat menunjukkan seorang lelaki berbaju merah membuang sampah dipercayai kepingan kotak dari sebuah lori sarat dengan muatan ke sungai.

Related Posts

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk Kerajaan Persekutuan mengambil langkah konkrit dan holistik yang boleh dilaksanakan menerusi Belanjawan 2027 bagi menangani penghijrahan doktor daripada sistem kesihatan awam yang semakin membimbangkan. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

KUALA LUMPUR – Kembali ke Malaysia selepas sembilan tahun, perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Gulf Air Bahrain 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berlangsung dalam suasana meriah dengan kehadiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti

Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti