Saya masih fikir nak sokong pasukan mana – Anwar

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United, Omar Berrada dan pengendali skuad Red Devils, Ruben Amorim, hari ini.

Pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berada di ibu negara dalam siri jelajah mereka dan akan berdepan pasukan ASEAN All-Stars dalam aksi Piala Cabaran Maybank di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.

Perdana Menteri menerusi catatan di laman Facebook memaklumkan pertemuan itu turut dihadiri pemain dan pengurusan pasukan ASEAN All-Stars diketuai ketua jurulatih, Kim Sang Sik.

“Saya ucapkan selamat berentap buat kedua-dua pasukan yang akan beraksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

“Saya masih berfikir nak sokong siapa malam esok,” kata Anwar.

United tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 6.30 petang semalam, selepas mengharungi perlawanan terakhir EPL musim 2024-25 dengan kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa.

Skuad Red Devils kembali ke Malaysia selepas 16 tahun – kali terakhir kelab itu hadir ke negara ini adalah pada 2009 – ketika menentang pasukan pilihan Malaysia.

Related Posts

Chelsea miliki akademi bola sepak terbaik

AKADEMI Chelsea dinobatkan sebagai antara yang terbaik di dunia. Bukan saja dari segi pemain dilahirkan untuk mengukuhkan skuad utama, malah dari sudut keuntungan yang dijana untuk kelab sejak kebelakangan ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rashford kembali sertai United, dapat nombor jersi baharu

MARCUS Rashford menerima nombor jersi baharu selepas kembali menyertai Manchester United, perkembangan yang mungkin memberi petunjuk tentang masa depannya bersama kelab itu. Rashford sebelum ini dijangka sudah mengharungi perlawanan terakhirnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA