Gabungan semangat SMJ dan Ekonomi MADANI, pacu potensi belia negeri

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yakin dengan semangat Sabah Maju Jaya (SMJ) dan prinsip Ekonomi MADANI, belia Sabah mampu membina masa depan yang lebih progresif, seimbang dan berdaya saing.

Katanya, melalui kerjasama erat antara kerajaan dan masyarakat amat penting bagi memastikan aspirasi belia dapat diterjemah menjadi dasar yang membawa impak kepada komuniti akar umbi.

Hajiji juga berkata, golongan belia bukan sahaja memainkan peranan sebagai penerima manfaat dasar, malah merupakan agen perubahan dan tenaga penggerak kepada pembangunan negeri yang berdaya tahan dan inklusif.

“Pembangunan ekonomi belia bukan lagi satu pilihan tetapi satu keperluan strategik. Belia adalah nadi masa depan yang akan mengemudi hala tuju negeri ini.

“Justeru, mereka perlu diberikan ruang, latihan serta peluang untuk menyumbang secara aktif kepada kemajuan Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Forum Ekonomi Belia: “Aspirasi MADANI Dalam Membangun Sabah Maju Jaya” di Dewan Amil Jaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM101.49 juta kepada Kementerian Belia dan Sukan Sabah bagi 2025, termasuk RM16.75 juta untuk pembangunan modal insan.

Menurutnya, pelbagai program diperkenal bagi memastikan belia Sabah menghadapi cabaran, termasuk Program Felo Sabah Maju Jaya yang memberi pendedahan kepada dasar dan pentadbiran kerajaan.

“Melalui program ini, belia akan dibentuk bukan hanya dari sudut pengetahuan tetapi juga dari segi kepimpinan dan nilai kenegaraan, supaya mereka boleh menyumbang secara berkesan dalam pembangunan negeri,” ujarnya.

Hajiji turut memuji penganjuran forum itu yang bukan sahaja menjadi medan perbincangan, tetapi juga mencipta ruang kerjasama rentas sektor untuk memperkukuh usaha membangunkan belia secara menyeluruh.

Related Posts

Mustapha hargai PMX, naikkan bayaran interim pemberian khas Sabah kepada RM1.5 bilion

KOTA KINABALU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman kenaikan bayaran interim pemberian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gara-gara mabuk, 9 lelaki ditahan merusuh di pusat snuker

BETONG – Padah terlibat dalam pergaduhan akibat pengaruh alkohol, sembilan lelaki ditahan selepas dipercayai merusuh di sebuah pusat snuker di Pasar Debak pada Jumaat. Tangkapan itu susulan penularan sebuah video…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mustapha hargai PMX, naikkan bayaran interim pemberian khas Sabah kepada RM1.5 bilion

Mustapha hargai PMX, naikkan bayaran interim pemberian khas Sabah kepada RM1.5 bilion

Gara-gara mabuk, 9 lelaki ditahan merusuh di pusat snuker

Gara-gara mabuk, 9 lelaki ditahan merusuh di pusat snuker

AS puji Malaysia atas peranan aktif sokong keamanan Thailand-Kemboja

AS puji Malaysia atas peranan aktif sokong keamanan Thailand-Kemboja

Pas dijangka pilih kerjasama dengan kem Hamzah, hubungan dengan Bersatu makin renggang

Pas dijangka pilih kerjasama dengan kem Hamzah, hubungan dengan Bersatu makin renggang

AS buka ruang kerjasama misil dengan Malaysia susulan sekatan Norway

AS buka ruang kerjasama misil dengan Malaysia susulan sekatan Norway

Bekalan minyak dunia kritikal jika Selat Hormuz tidak dibuka

Bekalan minyak dunia kritikal jika Selat Hormuz tidak dibuka