Henti kenyataan mendabik dada, fokus kebajikan rakyat – Dr. Anil

KUNAK – Pemimpin politik digesa tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang mendabik dada khususnya yang menjurus kepada jumlah kerusi yang ingin ditandingi oleh sesetengah pihak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Exco Pemuda Barisan Nasional (BN) Malaysia, Datuk Sri Dr. Anil Sandhu berkata, fokus utama kini seharusnya ialah memperkukuh usaha di peringkat akar umbi, memperbaiki kelemahan yang lalu dan menunjukkan komitmen sebenar untuk membantu rakyat yang sedang bergelut dalam pelbagai aspek kehidupan.

“Kenyataan sedemikian hanya mencetuskan persepsi bahawa ada segelintir pemimpin terlalu ghairah menghitung kerusi dan pengaruh, berbanding memberi perhatian kepada masalah rakyat yang sepatutnya menjadi keutamaan. 

“Dalam situasi rakyat sedang berhadapan dengan tekanan kos sara hidup, harga barangan yang tidak menentu serta jurang pembangunan luar bandar yang masih ketara, kenyataan seperti ini tidak membawa sebarang nilai tambah terhadap agenda kebajikan dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Jelas Anil yang juga Bendahari Pemuda UMNO Sabah, kepercayaan rakyat hanya boleh dibina melalui kesatuan tindakan dan keikhlasan khidmat, bukan melalui perlumbaan pengaruh secara terbuka yang boleh mencetuskan kekeliruan dan perpecahan.

“Sebagai pemimpin muda, saya percaya bahawa pendekatan politik yang matang, berhemah dan beradab adalah jalan terbaik untuk mengangkat martabat politik di negeri ini. 

“Jangan jadikan politik sebagai medan menunjuk kuasa, tetapi jadikan ia ruang untuk mempamerkan integriti, tanggungjawab dan keikhlasan dalam berbakti kepada rakyat,” ujarnya.

Justeru, Anil turut menyeru semua pihak berdisiplin dan menghormati proses rundingan yang sedang berjalan dan tidak mendahului keputusan kepimpinan tertinggi mana-mana gabungan atau parti.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali