Konflik Myanmar capai langkah positif sejak Malaysia dilantik Pengerusi ASEAN

KUALA LUMPUR – Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 berjaya membuktikan kewibawaannya selepas melakar beberapa langkah positif dalam menyelesaikan isu konflik di Myanmar, khususnya dalam membentuk Kumpulan Penasihat Tidak Rasmi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kumpulan itu diketuai oleh bekas Perdana Menteri Thailand Dr. Thaksin Shinawatra di samping pertemuan turut diadakan di Brunei yang turut disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

“Sejak mesyuarat ketiga yang diadakan di Bangkok, kami telah dapat bergerak ke hadapan dalam usaha kami untuk penyelesaian akhirnya krisis Myanmar.

“Kami bersyukur kerana mesyuarat seterusnya akan dihoskan oleh bekas Perdana Menteri Kemboja, Samdech Hun Sen. Saya ingin menegaskan bahawa sepanjang proses ini, apa yang penting ia membabitkan libat urus yang tenang.

“Langkah terbabit mungkin kecil dan jambatannya mungkin rapuh tetapi seperti yang mereka katakan, dalam soal keamanan, jambatan yang rapuh pun lebih baik daripada jurang yang semakin melebar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan pada Sesi Plenari Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46, pada Isnin.

Pada 17 April lalu, Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara (SAC) Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing di Bangkok, yang turut dihadiri Thaksin.

Pada masa sama, Anwar turut mengadakan mesyuarat secara maya dengan pemimpin Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) Myanmar, Mahn Win Khaing Than, sekali gus mencerminkan komitmen Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN ke arah menyelesaikan konflik di negara itu.

Sejak rampasan kuasa oleh junta tentera pada 1 Februari 2021, Myanmar dibelenggu pergolakan politik yang meruncing, mencetuskan tindakan keganasan yang mengorbankan nyawa ribuan rakyatnya dan krisis kemanusiaan yang meluas.

Dalam pada itu, Anwar mengakui perubahan geopolitik yang sedang berlaku, serta tekanan ke atas sistem perdagangan global, khususnya dengan pelaksanaan tarif unilateral Amerika Syarikat (AS), jelas menunjukkan kebangkitan ketara dasar perlindungan atau protectionism.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi ASEAN 2025 berkata, keadaan tersebut menyebabkan berlakunya multilateralisme atau hubungan pelbagai hala berada di ambang perpecahan.

“Semangat kepusatan dan persaudaraan dalam kalangan negara anggota ASEAN membolehkan usaha untuk menghadapi cabaran yang timbul secara bersama.

“Perlu dinyatakan, respons awal kita dalam menangani tarif AS, dengan penubuhan Pasukan Petugas Geo-ekonomi ASEAN, merupakan langkah yang perlu, bukan sahaja untuk koordinasi, tetapi untuk menunjukkan keyakinan dan resolusi,” katanya.

Anwar menghargai semangat kebersamaan dalam kalangan anggota ASEAN dalam membentuk persefahaman bersama menangani cabaran semasa.

“Perlu diberi perhatian adalah tindak balas pantas kami dalam menangani tarif Amerika Syarikat (AS) dengan penubuhan Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN sebagai langkah perlu, bukan saja untuk penyelarasan, tetapi untuk menunjukkan resolusi dan keyakinan,” katanya.

Related Posts

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebahagian kecil produk ubat, peranti perubatan berdepan risiko tinggi

PUTRAJAYA – Sebanyak 16.8 peratus bekalan ubat negara dikenal pasti berada pada tahap risiko tinggi setakat 8 Mei dan memerlukan pemantauan serta langkah mitigasi secara berterusan susulan krisis bekalan global.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pos kawalan sempadan Brunei lanjut operasi hingga tengah malam sempena Hari Gawai

Pos kawalan sempadan Brunei lanjut operasi hingga tengah malam sempena Hari Gawai

ATB 2 tahan 12 PATI, gagalkan penyeludupan lembu, barang kawalan

ATB 2 tahan 12 PATI, gagalkan penyeludupan lembu, barang kawalan

‘Segulai Sejalai’: Pesta Kebudayaan Kapit 2026 meriah, angkat keharmonian pelbagai kaum

‘Segulai Sejalai’: Pesta Kebudayaan Kapit 2026 meriah, angkat keharmonian pelbagai kaum

Bantuan JKM RM18.7 juta ceriakan golongan rentan di Limbang, Lawas sempena Hari Gawai

Bantuan JKM RM18.7 juta ceriakan golongan rentan di Limbang, Lawas sempena Hari Gawai

2 penjenayah maut berbalas tembakan dengan polis

2 penjenayah maut berbalas tembakan dengan polis

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma