PRN Sabah: PKR akan terima jumlah kerusi bersesuaian

JOHOR BAHRU – Gesaan Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung tuntutan jumlah kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan diberikan perhatian oleh Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas mengenai hal itu, beliau yang juga Perdana Menteri memberikan jaminan untuk mendapatkan jumlah kerusi munasabah melalui perbincangan dalam satu mesyuarat khas pada Khamis ini.

“Saya sudah berbincang dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor bahawa kerjasama hanya boleh dilakukan dengan syarat pengiktirafan diberi kepada Pakatan Harapan (PH) untuk sama-sama perjuangkan nasib rakyat Sabah.

“Selepas berakhirnya Sidang Kemuncak ASEAN, mesyuarat khas akan diadakan dan saya memberi jaminan bahawa PKR dan PH akan memperoleh jumlah kerusi yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan ucapan dasar Presiden, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Nurul Izzah Anwar, serta barisan kepimpinan parti.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam ucapannya meminta PKR diberikan sekurang-kurangnya 13 kerusi DUN pada PRN Sabah.

Related Posts

Aminuddin beralih kerusi ke DUN Linggi hanya khabar angin

SEREMBAN –  Dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berpindah kerusi dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat ke Linggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas pemimpin Bersatu persoal Muhyiddin, dakwa kesetiaan tidak dihargai

SHAH ALAM – Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman, meluahkan rasa kecewa terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa lebih memberi kepercayaan dan peluang kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat nelayan warga Thailand ditahan langgar syarat tangkap ikan

Empat nelayan warga Thailand ditahan langgar syarat tangkap ikan

Intervensi awal UMS bantu murid berkeperluan khas di Keningau

Intervensi awal UMS bantu murid berkeperluan khas di Keningau

Pusat Pemprosesan Baja Dalat bakal lonjak ekonomi, produktiviti petani luar bandar

Pusat Pemprosesan Baja Dalat bakal lonjak ekonomi, produktiviti petani luar bandar

Jaguh gusti lengan dunia yakin Sabah berpotensi sebagai destinasi pelancongan sukan

Jaguh gusti lengan dunia yakin Sabah berpotensi sebagai destinasi pelancongan sukan

Deus Diving Club sambut pindaan Akta Perikanan, desak perlindungan hidupan marin Sabah diperkasa

Deus Diving Club sambut pindaan Akta Perikanan, desak perlindungan hidupan marin Sabah diperkasa

India lihat Sabah sebagai pasaran pertumbuhan strategik

India lihat Sabah sebagai pasaran pertumbuhan strategik