Minat coklat bawa seisi keluarga ke MICF 2025

KOTA KINABALU – “Anak-anak saya peminat coklat, jadi saya bawa mereka terus ke sini sebaik sahaja selesai kelas mengaji.”

Itulah antara yang dikongsi pengunjung Festival Koko Malaysia Antarabangsa (MICF) 2025, Emira Chok Abdullah, 45, yang hadir bersama tiga anaknya ke festival yang julung kali di Sabah International Convention Centre (SICC).

Bagi suri rumah itu, kehadiran ke MICF bukan sekadar memenuhi minat anak-anak terhadap coklat, malah menjadi peluang untuk menyokong jenama tempatan seperti ‘Simply Chocolate’ yang sudah dikenali keluarganya.

“Saya jumpa semula coklat Simply Chocolate yang sebelum ini selalu kami beli. Anak kedua memang peminat coklat ini, jadi saya belanja hampir RM50 untuk beli coklat kegemaran mereka,” katanya ketika ditemui wartawan TMP di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Penny Teo, 58, pula berkongsi keterujaannya apabila mendapati pelbagai inovasi produk berasaskan koko dipamerkan, termasuk teh koko premium yang hanya dieksport ke Paris.

“Produk itu tidak dijual di Sabah walaupun dihasilkan dari biji koko tempatan. Saya rasa lebih baik jika ia turut dipasarkan di sini supaya harganya lebih berpatutan,” katanya.

Beliau hadir ke festival itu bersama sepupunya, Grace Rudolph, 55, yang berseloroh menyatakan tujuan utama mereka hadir adalah untuk mengumpul ‘goodies bag’ dari reruai pempamer.

“Saya tahu tentang festival ini melalui bunting yang digantung sekitar bandar,” kata Grace yang membelanjakan lebih RM100 untuk membeli produk koko yang ada di MICF.

Bagi Shakinah Mohd Shah, kakitangan Simply Chocolate, kehadiran ramai pengunjung ke reruai mereka membuktikan produk tempatan masih mendapat tempat di hati pengguna.

“Antara produk paling laris ialah coklat perisa Sabah Tea yang pernah memenangi anugerah.

“Kami juga hasilkan coklat berperisa buah-buahan seperti manga dan manggis yang sangat digemari pelancong dari China dan Korea,” katanya.

Simply Chocolate merupakan syarikat tempatan Sabah sejak 1995 dan kini membekalkan produk mereka ke pasar raya besar seperti Bataras, Servay, Everise serta kedai bebas cukai Eraman di Lapangan Terbang Kota Kinabalu termasuk di hotel-hotel.

MICF 2025 bukan sekadar platform pengiat industri koko dan pameran tetapi turut menjadi medan memperkenalkan inovasi berasaskan koko tempatan kepada masyarakat umum serta pelancong luar negara.

Related Posts

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor akan melaksanakan inisiatif Baucar Kasih Johor secara berperingkat di seluruh 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai langkah membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

ALOR SETAR – Tindakan pantas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan bayaran pendahuluan insentif pembajakan RM200 per hektar dianggap sebagai ‘penyelamat awal’ kepada pesawah yang bergelut dengan kenaikan kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan