KUTS Fasa 1 capai hampir 30 peratus, operasi penuh dijangka 2028

KUCHING – Projek Fasa Pertama Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) telah mencatatkan kemajuan sebanyak 29.89 peratus setakat April 2025, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Jerip Susil.

Beliau berkata pelaksanaan operasi sistem tren pintar ART itu akan dilakukan secara berperingkat, dengan segmen pertama Laluan Biru melibatkan laluan dari Rembus ke Riveria dijangka mula beroperasi pada suku keempat tahun 2026.

“Tarikh operasi ini sedikit lewat daripada jangkaan asal kerana berlakunya beberapa kelewatan dalam kerja-kerja pembinaan,” katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, See Chee How dalam sesi soal jawab lisan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 pada Selasa.

Tambah beliau, projek KUTS Fasa 1 dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang tahun 2028.

Fasa pertama projek ini melibatkan sistem Automated Rapid Transit (ART) dengan jajaran sepanjang 69.9 kilometer, meliputi tiga laluan utama dan keseluruhan 31 buah stesen.

Antara lokasi pembinaan stesen ialah sepanjang Jalan Wan Alwi yang melibatkan dua stesen bertingkat – satu di hadapan Vivacity Megamall dan satu lagi berhampiran Kuching Lodge School.

Sementara itu, kawasan Batu Lintang akan mempunyai satu stesen bertingkat iaitu di SM12 (berhadapan Pejabat Bahagian JKR Kuching).

Selain itu, satu persimpangan Transit Signal Priority (TSP) turut dirancang di persimpangan lampu isyarat Jalan Bampfylde – Jalan Batu Lintang, berhampiran Lembaga Air Kuching, sebagai sebahagian daripada sistem keutamaan laluan untuk ART.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

ALOR SETAR – Lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul isterinya sehingga keguguran di Sungai Petani didapati mempunyai empat rekod jenayah termasuk kes mencederakan beberapa isteri lain serta teman wanitanya. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

KANGAR – Timbalan Ketua Angkatan Muda Harapan (AMH) Perlis, Azzin Izzad Bahanudin memangku jawatan Ketua AMH negeri itu berkuat kuasa serta-merta susulan peletakan jawatan Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad. Peletakan jawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI