Kompleks Seri Putra simbol legasi pemerintahan berdaulat – Raja Perlis

KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah bahawa pemasyhuran nama baharu Kompleks Dewan Undangan Negeri kepada Kompleks Seri Putra adalah lambang penghormatan terhadap legasi pemerintahan Almarhum ayahanda baginda, Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Titah baginda, langkah tersebut bukan sahaja memperingati jasa Almarhum selaku Raja Perlis pertama selepas penggubalan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, malah mencerminkan aspirasi negeri dalam menjunjung sistem demokrasi berperlembagaan.

“Beta berkenan memasyhurkan nama baharu Kompleks Dewan Undangan Negeri dengan mengambil nama ayahanda beta Almarhum Tuanku Syed Putra.

“Bersesuaian dengan kepentingan bangunan ini sebagai tempat pembentukan dasar dan perundangan negeri, ia wajar dijulang dengan nama yang bererti dan sarat nilai sejarah,” titah baginda dalam Majlis Jamuan Teh Rakyat dan Pemasyhuran Kompleks Seri Putra di sini hari ini.

Kompleks itu yang sebelum ini dikenali sebagai Kompleks Dewan Undangan Negeri telah dirasmikan Tuanku Syed Sirajuddin pada 25 Mei 2010 dan digunakan sepenuhnya untuk persidangan DUN sejak 24 Jun 2008.

Sepanjang 15 tahun, sebanyak 50 persidangan telah diadakan di kompleks tersebut dengan yang terbaru berlangsung pada 22 hingga 24 April lalu.

Titah baginda, ahli-ahli dewan harus menggunakan bangunan itu sebaiknya sebagai medan berunding, berbahas dan menggubal undang-undang secara bijaksana demi kesejahteraan rakyat.

“Carilah titik persamaan untuk memajukan negeri ini setanding negeri lain. Gunakan kesempatan ini untuk menabur bakti kepada rakyat,” titah baginda lagi.

Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri dan para pegawai yang bertungkus-lumus menjayakan majlis sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-82 serta Jubli Perak Pemerintahan baginda.

Sebelum menutup titah, baginda berdoa agar negeri ini sentiasa diberkati dan hasrat mewujudkan “Perlisku Bestari Berkat Lestari” dapat direalisasikan bersama.

“Beta dengan ini berkenan memasyhurkan nama baharu Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis sebagai Kompleks Seri Putra,” titah baginda sambil disambut tepukan hadirin.

Related Posts

JPN Bera ziarah warga emas, urus penggantian MyKad secara percuma

BERA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Bera mengadakan lawatan prihatin ke Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang di sini, hari ini bagi memberi sokongan moral dan semangat kepada penghuni…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FKAT 2026: Penyertaan empat delegasi antarabangsa, sasar lebih 50,000 pengunjung

TAWAU – Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) 2026 yang memasuki edisi ke-11 tahun ini menerima penyertaan empat delegasi antarabangsa iaitu dari Uzbekistan, Kazakhstan, Kemboja dan Indonesia. Presiden Majlis Perbandaran Tawau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos