Pengarah AADK Negeri Sembilan berdepan tindakan tegas

PUTRAJAYA – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan mengambil tindakan segera susulan laporan siasatan terhadap Pengarah AADK Negeri Sembilan seperti dimaklumkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), hari ini.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya tidak sesekali berkompromi atau melindungi kakitangan yang terbabit salah laku dan pelanggaran integriti.

“Kami ambil maklum mengenai laporan keputusan siasatan salah laku membabitkan pegawai AADK Negeri Sembilan yang dikeluarkan EAIC melalui siaran media hari ini.

“AADK akan mengambil tindakan segera terhadap laporan siasatan ini dan tidak sesekali berkompromi atau melindungi mana-mana kakitangan yang terbabit dengan salah laku dan pelanggaran integriti.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana kakitangan jika didapati bersalah berdasarkan peruntukan perundangan sedia ada,” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Ruslin berkata, AADK sentiasa mengingatkan kepada semua kakitangan untuk melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan berintegriti dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta garis panduan berdasarkan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS).

“Sebagai sebuah agensi penguat kuasa, AADK akan terus bekerjasama erat dengan EAIC dalam usaha peningkatan tadbir urus yang baik dalam agensi.

“Ini terutamanya yang membabitkan siasatan terhadap sebarang aduan salah laku dan integriti dalam kalangan kakitangan AADK,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan EAIC merujuk syor hukuman terhadap Pengarah AADK Negeri Sembilan yang gagal memberi arahan tepat serta ingkar perintah berkaitan serbuan di sebuah kelab malam di negeri itu.

EAIC dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima aduan berhubung pengarah berkenaan yang dikatakan mengeluarkan arahan menjalankan serbuan ke atas kelab malam itu pada waktu siang, sedangkan aduan diterima daripada pengadu berkaitan aktiviti jenayah berlaku pada waktu malam.

Menurutnya, serbuan ke atas kelab malam itu juga dikatakan dilakukan tanpa mendapatkan kebenaran dan kelulusan khas Pengarah Penguatkuasaan, Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan Ibu Pejabat AADK.

Related Posts

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang melaksana usaha bagi membantu rakyat Malaysia yang terkandas di Dubai dan Emiriah Utara dengan meningkatkan kekerapan penerbangan pulang ke tanah air. Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti video penuh, usah terjebak fitnah – Dr Zulkifli

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menepis sekeras-kerasnya tohmahan kononnya beliau pernah menyatakan isu memijak Al-Quran tidak perlu diselesaikan dengan hukuman. Beliau menegaskan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan