Sidang Kemuncak ASEAN: Lebuh raya, jalan raya utama ditutup, dilencong

PENGGUNA jalan raya di Lembah Klang dinasihatkan sentiasa cakna berikutan enam lebuh raya dan 25 jalan utama akan ditutup dan dilencongkan bermula 23 hingga 25 ini sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, penutupan jalan membabitkan laluan masuk dan keluar ke lokasi-lokasi utama khususnya ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Istana Negara dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Penutupan dijangka berlangsung 30 hingga 45 minit antara 8 pagi dan 8 malam secara berkala mengikut tarikh yang ditetapkan.

“Antara laluan utama yang terlibat adalah Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan Imbi, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Parlimen, Jalan Damansara dan Jalan Kuching, Seremban dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari Sungai Buloh ke Jalan Duta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Amanat Petugas Sumber Manusia Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, hari ini.

Mohd Yusri menjelaskan, beberapa persimpangan strategik sekitar KLCC seperti Jalan P Ramlee, Jalan Perak, Jalan Pinang dan Persiaran KLCC akan mengalami penutupan sementara sepanjang tempoh sidang berlangsung.

Katanya, penutupan juga melibatkan laluan utama ke lapangan terbang iaitu KLIA dan TUDM Subang termasuk Lingkaran Putrajaya dan Lebuh KLIA.

“Sebagai persiapan awal, raptai pergerakan konvoi akan dilaksanakan pada 21 dan 22 Mei ini membabitkan kawalan laluan, lokasi persidangan, petugas pools serta pergerakan motoked,” katanya.

Justeru, Yusri menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan laluan terbabit serta merancang perjalanan lebih awal dan digalakkan menggunakanpengangkutan awam.

“Kerjasama semua pihak penting bagi memastikan keselamatan serta kelancaran lalu lintas sepanjang tempoh sidang kemuncak ini berlangsung,”katanya.

Penutupan jalan pada 23 hingga 26 Mei bermula 7 pagi membabitkan Lebuh KLIA, Lebuhraya Utara–Selatan Hubungan Tengah (ELITE) (KLIA -Putrajaya), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) (Subang– Jalan Duta), Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) (Sg Buloh – Jalan Duta) dan Lebuhraya Maju (MEX).

Turut terbabit ialah Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban (Sg Besi–Pusat Bandar), Lingkaran Putrajaya, Jalan Istana, Jalan Damansara, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang, Jalan Imbi, Jalan Parlimen dan Jalan Kuching.

Pada 26 Mei, jalan akan ditutup secara berperingkat sebanyak tiga kali iaitu pada 8 pagi, 5.30 petang dan 7 malam bagi laluan persimpangan Jalan Ampang-Jalan P Ramlee, Persimpangan Jalan Sultan Ismail-Jalan P Ramlee,

Persimpangan Jalan Perak-Jalan P Ramlee, Persimpangan Jalan Perak-Jalan Pinang, Persimpangan Jalan Stonor-Jalan Kia Peng, Persimpangan Jalan dan Stonor-Persiaran KLCC.

Pada 27 Mei,penutupan dilakukan pada 8 pagi hingga 10.30 pagi bagi laluan Persimpangan Jalan Ampang-Jalan P Ramlee, Persimpangan Jalan Sultan Ismail-Jalan P Ramlee, Persimpangan Jalan Perak-Jalan P Ramlee, Persimpangan Jalan Perak-Jalan Pinang, Persimpangan Jalan Stonor-Jalan Kia Peng dan Persimpangan Jalan Stonor-Persiaran KLCC.

Bermula 11.45 pagi hingga 1 tengah hari, penutupan jalan melibatkan sepanjang Jalan Tun Razak, sepanjang Jalan Mahameru dan sepanjang Jalan Sultan Abdul Halim.
Bemula 1.45 petang hingga 3 petang pula, penutupan melibatkan Sepanjang Jalan Parlimen-Jalan Kuching, sepanjang Jalan Sultan Ismail, Persimpangan Jalan Sultan Ismail-Jalan P Ramlee,

Persimpangan Jalan Perak-Jalan P Ramlee, Persimpangan Jalan
Perak-Jalan Pinang, Persimpangan Jalan Stonor-Jalan Kia Peng dan Persimpangan Jalan Stonor-Persiaran KLCC.

Related Posts

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

KUALA LUMPUR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melaksanakan intervensi pasaran bagi menstabilkan harga cili merah di Pulau Pinang susulan penurunan ketara harga ladang sejak awal tahun ini. Langkah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan gaji penengah bulanan di Malaysia mencapai RM3,500 menjelang 2030, selain meningkatkan sumbangan pampasan pekerja kepada 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menteri Sumber…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

‎UMNO 80 tahun: Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎

‎UMNO 80 tahun:  Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎