TVET, pendidikan digital jadi keutamaan – TPM

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik inisiatif yang diumumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek termasuk penghantaran 32 guru ke United Kingdom bagi menjalani latihan pendidikan di bawah Program Global Immersion For Future-Ready Teachers (GIFT).

Menurut beliau, langkah tersebut merupakan permulaan yang baik dalam usaha meningkatkan profesionalisme guru dan sewajarnya diperluaskan pada masa akan datang.

“Bagi saya, ini satu langkah permulaan yang baik dan kalau boleh jumlah itu ditambah. Kita semua sedar terdapat kekangan kewangan, tetapi demi memberi motivasi dan pengiktirafan kepada para guru, usaha ini wajar diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Zahid turut menghargai perubahan landskap pendidikan negara yang kini beralih daripada pendekatan konvensional kepada digital, selaras dengan kehendak pasaran kerja semasa.

“Sebanyak 70 peratus keutamaan perlu diberikan kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). MRSM sendiri telah melaksanakan dasar ini kerana kita amat memerlukan tenaga kerja dalam bidang tersebut,” jelasnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Pendidikan kerana memberi tumpuan kepada bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Setakat hujung bulan lalu, sebanyak 94,133 permohonan telah diterima menerusi platform TVET dan 12,173 permohonan untuk pembelajaran TVET secara fleksibel atau TVET Flexi. Secara keseluruhan, sebanyak 106,306 permohonan untuk TVET dan ini merupakan satu pencapaian yang sangat menggalakkan,” katanya.

Jelas beliau lagi, permohonan tersebut melibatkan pelajar dari kolej vokasional serta institusi di bawah rangkaian Malaysia Technical University Network (MTUN).

Katanya, kempen kesedaran terhadap TVET disambut baik oleh ibu bapa, pelajar dan pihak industri kerana graduan dalam bidang itu ditawarkan gaji lebih baik daripada kadar minimum selain permintaan tinggi di pasaran.

“Pelaburan asing juga kini mengutamakan graduan TVET dan saya berharap bidang ini terus diperluaskan demi keperluan masa depan negara,” ujarnya.

Related Posts

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

SEPANG – Kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan jalan Persekutuan serta jalan negeri di sekitar Sepang dijangka siap pertengahan September ini, menjelang penganjuran Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

SERDANG – Umat Islam perlu melakukan muhasabah dan memperkukuh sahsiah bagi memastikan Islam terus dipersembahkan melalui akhlak serta teladan yang baik, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, cara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut