Inflasi keseluruhan catat penurunan

KADAR Inflasi keseluruhan pada suku pertama 2025 Malaysia menurun kepada 1.5 peratus berbanding 1.8 peratus pada suku keempat 2024.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, penurunan itu sebahagian besarnya disebabkan kadar inflasi utiliti lebih rendah – pada 3.0 peratus – berbanding 18.1 peratus pada suku sebelumnya.

Beliau berkata, situasi itu susulan luputnya kesan pelarasan tarif air terdahulu dan caj elektrik yang lebih tinggi bagi isi rumah dengan penggunaan yang tinggi pada suku pertama 2024.

“Walau bagaimanapun, inflasi teras meningkat sedikit kepada 1.9 peratus berbanding 1.7 peratus pada suku keempat 2024.

“Lonjakan ini didorong terutamanya oleh inflasi sewa yang meningkat kepada 2.1 peratus,” katanya ketika sidang media prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Suku Pertama 2025 di Kuala Lumpur, hari ini.

Abdul Rasheed berkata, rebakan inflasi, yang diukur berdasarkan bahagian item Indeks Harga Pengguna (IHP) mencatatkan kenaikan harga bulanan, mengalami kenaikan berikutan pelarasan harga yang lazimnya dilakukan pada awal tahun.

“Namun begitu, kenaikan ini kekal jauh di bawah purata jangka panjang untuk suku pertama,” katanya.

Related Posts

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyusun semula strategi sektor pelancongan dengan memberi tumpuan kepada pasaran yang lebih berdaya tahan bagi memastikan kemasukan pelawat dan hasil negara kekal stabil susulan krisis bekalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James