Kereta terjunam ke sungai di Jambatan Tun Salahudin, mangsa ditemukan meninggal dunia

KUCHING – Seorang lelaki tempatan disahkan meninggal dunia pada 10 pagi hari ini selepas kenderaan yang dipandunya terjunam ke dalam sungai berdekatan dengan Jambatan Tun Salahudin pada malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 10 malam tadi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

“Mangsa dikenal pasti sebagai seorang lelaki tempatan dan alamat terakhirnya dikenal pasti di Bintawa Village,” katanya kepada pihak media pada Khamis.

Menurut saksi, kenderaan tersebut dilihat berada kira-kira setengah jam di kawasan berdekatan jambatan sebelum secara tiba-tiba bergerak ke arah sungai dan terjunam ke dalam air.

“Kenderaan itu dikatakan sempat tersangkut seketika pada struktur besi jambatan sebelum tenggelam sepenuhnya,” jelas Alexson sambil memaklumkan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Susulan kejadian, sebanyak 53 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi digerakkan ke lokasi, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Lembaga Sungai Sarawak (LSS).

Komander Operasi JBPM PBK II Syamsyul Mustapha memaklumkan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) melakukan dua kali selaman pada kedalaman kira-kira 5.7 meter namun masih belum menemukan kenderaan atau mangsa pada malam kejadian.

Antara aset yang digunakan ialah satu unit jentera FRT, dua buah bot penyelamat dan dua kenderaan Hilux. 

Turut berada di lokasi adalah pegawai kanan JBPM termasuk PgKB I Alimaddia Bukri, PgKB II Nik Muhammad Afiq Nik Roslan dan PgB Wee Ming Hui.

Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Datuk Wee Hong Seng merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi menyelamat.

“Saya juga menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut,” ujarnya.

Related Posts

Kakanda Sultan Pahang mangkat

KUANTAN – Kakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Datuk Seri Aishah Almarhum Sultan Ahmad Shah mangkat di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 9.15 malam tadi. Pengelola Bijaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AI, bakat digital pacu Selangor tarik pelaburan bernilai tinggi – Amirudin

SHAH ALAM – Infrastruktur digital yang kukuh, bakat berkemahiran tinggi dan penguasaan kecerdasan buatan (AI) menjadi antara elemen penting dalam usaha Selangor memperkukuh kedudukannya sebagai hab ekonomi digital dan teknologi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

Kakanda Sultan Pahang mangkat

Kakanda Sultan Pahang mangkat

Songkhla, Satun mungkin jadi sasaran baharu kumpulan bersenjata

Songkhla, Satun mungkin jadi sasaran baharu kumpulan bersenjata

AI, bakat digital pacu Selangor tarik pelaburan bernilai tinggi – Amirudin

AI, bakat digital pacu Selangor tarik pelaburan bernilai tinggi – Amirudin

Pencuci kereta miliki tujuh rekod lampau ditahan jual loteri haram

Pencuci kereta miliki tujuh rekod lampau ditahan jual loteri haram

70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api

  • By Fatin
  • August 27, 2026
70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api