Pak Hassan dorong saya tanding jawatan Timbalan Presiden PKR – Nurul Izzah

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim menjadi antara individu terawal yang mendorong Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, agar menyertai gelanggang pemilihan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu.

Dalam satu kenyataan, Nurul Izzah menyifatkan Hassan sebagai seseorang yang lantang bersuara demi prinsip, namun tetap dihormati.

“Beliaulah yang lantang mengkritik khidmat saya semasa saya berkhidmat di Pejabat Perdana Menteri (PMO), sebelum saya mengundurkan diri dan menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Nurhisham Hussein, yang ketika itu merupakan Pengarah Ekonomi dan Ketua Pegawai Strategik (CSO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Dan beliau jugalah yang menyeru saya untuk turun ke gelanggang dan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PKR,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Meskipun berbeza pandangan pada ketika itu, Nurul Izzah menegaskan bahawa rasa hormatnya terhadap Hassan tidak pernah luntur kerana pernah bersama-sama mengharungi saat getir dalam parti.

“Marah atau tidak, tidak pernah pudar rasa hormat saya kepada Pak Hassan.

“Kita raih dana daripada orang ramai, untuk kita penuhi keperluan khidmat, termasuklah wang deposit, ketika PKR susah satu ketika dahulu.

“Kopi ini sememangnya keras, namun kerasnya kita tempuhi bersama,” ujarnya.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada Hassan dan isteri, serta mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mereka di Tanah Suci.

Related Posts

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berhubung kenyataan yang didakwa dibuat ketika satu ceramah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis