15 Mei tarikh akhir hantar borang nyata e-filing bagi pembayar cukai bukan perniagaan

PUTRAJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengingatkan orang ramai bahawa tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2024 bagi pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan adalah pada 15 Mei 2025.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, HASiL memaklumkan bahawa pengemukaan BN secara e-Filing boleh dilakukan menerusi portal MyTax atau laman rasmi HASiL di www.hasil.gov.my.

Antara kategori pembayar cukai yang terlibat ialah individu pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan (e-BE), individu pekerja berpengetahuan/bukan warganegara (e-BT, e-M, e-MT), pertubuhan (e-TF), harta pusaka (e-TP) dan Keluarga Sekutu Hindu (e-TJ).

HASiL turut menasihatkan semua pembayar cukai agar tidak bertangguh dan memastikan segala pendapatan dilaporkan dengan tepat dan lengkap, termasuk maklumat peribadi dan perbankan bagi melancarkan urusan bayaran balik cukai, jika ada.

Kegagalan mengemukakan borang dalam tempoh ditetapkan boleh dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, termasuk denda antara RM200 hingga RM20,000, hukuman penjara maksimum enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, cukai yang dibayar lewat juga boleh dikenakan kenaikan 10 peratus daripada jumlah cukai sebenar.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat menerusi talian Hasil Contact Centre 03-8911 1000 atau melalui Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL.

Related Posts

Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

KEBELAKANGAN ini semakin banyak naratif politik cuba dibina untuk menggambarkan sesetengah tokoh pembangkang sebagai ‘pemimpin alternatif terbaik’ kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Antara yang sering diketengahkan ialah Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Persekutuan tambah RM50 juta selamatkan LRA Sungai Limau

KULIM – Kerajaan Persekutuan dijangka perlu menambah kira-kira RM50 juta bagi menyelamatkan projek Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau yang terbengkalai selepas kontrak asal ditamatkan tahun lalu. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

9 Komuniti MADANI Parlimen Kuantan hubungkan kerajaan, rakyat

9 Komuniti MADANI Parlimen Kuantan hubungkan kerajaan, rakyat

Murid maut terkena renjatan elektrik, JPN Sarawak zahir takziah

Murid maut terkena renjatan elektrik, JPN Sarawak zahir takziah

Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik

CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik

Pengiktirafan kecemerlangan SPM, STAM 2025 bukti pelajar Sabah mampu bersaing

Pengiktirafan kecemerlangan SPM, STAM 2025 bukti pelajar Sabah mampu bersaing

Penerbangan ihsan JBPM selamatkan pesakit tenat dari pedalaman Long Lobang

Penerbangan ihsan JBPM selamatkan pesakit tenat dari pedalaman Long Lobang