SEDCE jalin kerjasama strategik dengan NGLTech Sarawak, perkasa inovasi logistik hidrogen hijau

KUCHING – SEDC Energy Sdn Bhd (SEDCE), anak syarikat milik penuh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) bagi sektor tenaga baharu mengambil langkah proaktif memperkasa inovasi logistik hidrogen hijau melalui pemeteraian Surat Hasrat (LOI) bersama NGLTech Sarawak Sdn Bhd pada Selasa.

Kerjasama strategik ini bertujuan meneroka kaedah praktikal untuk mengurangkan kos penghantaran hidrogen sekali gus memacu pembangunan teknologi tempatan berimpak tinggi.

Menerusi LOI itu, kedua-dua pihak akan melaksanakan ujian perintis bagi sistem IsobaricGT, sebuah teknologi pemindahan hidrogen tekanan tinggi (200 bar) yang berupaya memindahkan 50 kilogram hidrogen setiap kitaran. 

Ujian tersebut dijangka menjadi bukti konsep keberkesanan sistem tersebut dalam keadaan operasi sebenar.

Pengerusi Eksekutif NGLTech Sarawak, Datuk Justine Jinggut berkata, sistem IsobaricGT dibangunkan sepenuhnya oleh pasukan jurutera tempatan dan berpotensi menawarkan kelebihan ketara berbanding sistem pemampat-chiller konvensional.

“Ia menggunakan tenaga lebih rendah, masa pemindahan lebih cepat, memerlukan infrastruktur minimum dan penyelenggaraan yang lebih rendah. Dengan kepemimpinan SEDCE dalam inisiatif hidrogen negara, sistem ini berperanan penting dalam melengkapkan rantaian logistik hidrogen,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SEDCE, Robert Hardin menegaskan usaha ini selaras dengan penemuan Bank Pembangunan Asia (ADB) yang menekankan perlunya sokongan pembiayaan dan insentif untuk membangunkan industri hidrogen hijau secara meluas.

“Fokus kami adalah untuk mengurangkan kos berkaitan pengangkutan dan pemindahan hidrogen termampat bagi kegunaan tempatan dan serantau. Ia sekali gus memperkasa penglibatan teknologi kejuruteraan tempatan serta menjadikan inovasi anak tempatan sebagai pemangkin pertumbuhan industri,” jelasnya.

SEDCE yang ditubuhkan pada 2019 kini menerajui pelbagai inisiatif hidrogen di Sarawak termasuk pembangunan Stesen Multifuel PETROS dan loji hidrogen Rembus bagi menyokong sistem pengangkutan bandar Kuching (KUTS). Loji tersebut akan membekalkan hidrogen untuk pengoperasian sistem Rel Transit Autonomi (ART) dan bas hidrogen.

Selain itu, SEDCE turut bekerjasama rapat dengan Gentari serta konsortium dari Jepun dan Korea Selatan bagi projek Hab Hidrogen Sarawak, termasuk Sumitomo Corporation, ENEOS, Samsung E&A, Lotte Chemicals dan Korean National Oil Company (KNOC).

Kerjasama ini dilihat sebagai langkah penting dalam merealisasikan sasaran Malaysia ke arah pelepasan sifar karbon bersih sejajar dengan Perjanjian Paris.

Related Posts

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

KOTA KINABALU – ‎Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan insentif kerajaan negeri berjumlah RM5,000 kepada atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra, sebagai pengiktirafan atas kejayaan cemerlangnya di pentas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

MIRI – Isu kerosakan berulang sistem penyaman udara di Klinik Kesihatan Bandaraya Miri di sini mendapat perhatian serius selepas beberapa siri tinjauan dilakukan bagi menilai sendiri keadaan di lapangan. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Sumbangan Sejambak Kasih Gawai Miri ceriakan golongan memerlukan

Sumbangan Sejambak Kasih Gawai Miri ceriakan golongan memerlukan

MoT mula kongsi kereta, guna penerbangan kelas ekonomi untuk berjimat

MoT mula kongsi kereta, guna penerbangan kelas ekonomi untuk berjimat