Pemerbadanan NS, CIDB tandatangani MoU kerjasama tingkat tenaga mahir

SEREMBAN – Pemerbadanan Negeri Sembilan dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada 23 Mei lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri mengambil langkah ini untuk memastikan tenaga kerja di Negeri Sembilan berkualiti dalam arus pembangunan industri global.

“Kerjasama ini adalah bagi menggalakkan dan menghubungkan pembangunan kemahiran dengan industri yang berpotensi di Negeri Sembilan.

“Jalinan kerjasama antara Pemerbadanan NS dan CIDB dilihat mampu meningkatkan kualiti industri pembinaan melalui pembangunan tenaga kerja, peningkatan kualiti, keselamatan dan kesihatan serta penempatan kakitangan dan kontraktor terlatih,” kata Aminuddin.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, kerajaan menyambut baik rancangan CIDB bagi membangunkan Kompleks CIDB Wilayah Tengah Semenanjung Malaysia di Negeri Sembilan.

“Semoga usaha ini dapat direalisasikan demi kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan.

“Dengan adanya kerjasama strategik dengan pihak swasta dan kerajaan ini, kita berharap dapat mencapai pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat dan menyeluruh, seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat Negeri Sembilan,” ujar Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan ADUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan (BN) dan ADUN Lukut, Choo Ken Hwa (PH) di Persidangan Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri ke-15.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM