Majoriti cabang PKR Johor sokong Nurul Izzah

JOHOR BAHRU – Sebanyak 22 Ketua Cabang PKR Johor dan 16 cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri menyatakan sokongan terhadap pencalonan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebagai calon Timbalan Presiden parti.

Mewakili AMK Johor, Naib Ketuanya, Faezuddin Puad berkata, sokongan itu dibuat berikutan yakin dengan kepimpinan Nurul Izzah dalam menarik sokongan anak muda serta pengundi atas pagar terhadap PKR dan Pakatan Harapan (PH).

Faezuddin yang juga Ketua AMK Cabang Pulai, berkata, Nurul Izzah yangberpengalaman selama lebih dua dekad dalam perjuangan reformasi mempunyai keupayaan untuk menggerakkan dan menyatukan jentera parti.

“AMK Negeri Johor ingin menyatakan sokongan terhadap pencalonan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden PKR.

“Dengan pengalaman lebih dua dekad dalam perjuangan reformasi, beliau membawa gabungan idealisme, integriti dan keupayaan dasar yang diperlukan untuk memantapkan jentera parti di semua peringkat.

“Kepimpinan beliau diyakini mampu menjana keyakinan anak muda, pengundi atas pagar dan seluruh rakyat terhadap PKR dan PH.

“Kehadiran Nurul Izzah dalam barisan utama kepimpinan bukan sekadar simbol penyatuan, tetapi pemangkin kepada pembaharuan strategi politik, komunikasi dan pengukuhan akar umbi yang amat penting menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain AMK Pulai, Ketua AMK Cabang lain yang memberi sokongan terbuka dan menandatangani kenyataan bersama itu ialah Pasir Gudang, Pagoh, Muar, Parit Sulong, Pontian, Ledang, Johor Bahru, Sembrong, Segamat, Tebrau, Labis, Iskandar Puteri, Simpang Renggam, Sekijang dan Sri Gading.

Sementara itu, Ketua Cabang PKR Mersing, Khairil Adanan berkata, 22 Ketua Cabang PKR Johor berpendapat, Nurul Izzah adalah simbol semangat Reformasi baharu yang diyakini mampu menyatukan parti dan mengangkat syarat rakyat ke peringkat tertinggi kepimpinan.

Kongres Nasional PKR dijadualkan diadakan pada Sabtu, 24 Mei ini di Persada Johor Bahru, manakala
Kongres AMK dan Wanita PKR pula akan diadakan pada 22 Mei.

PKR dijadual mengadakan pemilihan pusat pada 23 Mei di sebelah siang, diikuti dengan majlis perasmian Kongres Nasional pada sebelah malam.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok