Warga emas terselamat, tiga rumah musnah

GEORGE TOWN – Seorang warga emas nyaris maut selepas terperangkap dalam satu kejadian kebakaran membabitkan tiga unit rumah teres setingkat di Taman Island Glades, Gelugor, malam tadi.

Mangsa, berusia 73 tahun berjaya diselamatkan oleh anggota bomba yang tiba di lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.59 malam.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pulau Pinang, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak bersama bantuan BBP Paya Terubong dan BBP Lebuh Pantai digerakkan ke lokasi.

Katanya, seramai 26 anggota terlibat dalam operasi termasuk Ketua Balai turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Perak Lane, Paya Terubong dan Lebuh Bakau dan agensi lain yang turut membantu adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

”Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres setingkat sebelum merebak ke dua unit rumah bersebelahan.

”Peratusan kemusnahan bagi rumah unit 2A yang terbakar adalah sebanyak 40 peratus, manakala rumah kedua (unit 2B) mengalami kemusnahan hampir keseluruhan iaitu 90 peratus. Rumah ketiga (unit 2C) pula mengalami kerosakan pada bahagian bumbung sebanyak 5 peratus,” katanya di sini hari ini.

Katanya, turut terbakar dalam kejadian itu adalah sebuah kereta Toyota Camry, dengan anggaran kemusnahan 10 peratus.

”Operasi berjaya dikawal pada pukul 10.33 malam sebelum api dipadam sepenuhnya pada pukul 11.00 malam.

”Kerja-kerja overhaul selesai pada pukul 12.08 tengah malam dan lokasi kejadian diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran untuk siasatan lanjut . Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula