Penglibatan agensi Persekutuan, Negeri sampaikan agenda kesejahteraan rakyat

TAWAU – Penglibatan agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri menerusi penganjuran Karnival Kita MADANI menjadi medium penting bagi menyampaikan pelbagai inisiatif serta agenda kesejahteraan rakyat, khususnya kepada masyarakat akar umbi di kawasan luar bandar.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, program seperti ini mendorong rakyat untuk turut serta dalam agenda pembangunan kerajaan serta lebih cakna terhadap isu semasa.

“Sebenarnya banyak perkara telah digariskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk rakyat.

“Begitu juga dengan hala tuju Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor menerusi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), yang antara lain memberi penekanan kepada usaha memuktamadkan masalah miskin tegar di negeri ini.

“Justeru, kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang berjalan seiring sudah pasti mampu memberi impak positif kepada rakyat, terutamanya dalam usaha membasmi kemiskinan tegar,” katanya kepada media selepas merasmikan Karnival Kita MADANI di Batu Payung, pada Ahad.

Terdahulu dalam ucapannya, Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas menyeru agar Komuniti MADANI di daerah ini terus proaktif membantu kerajaan dalam menyalurkan maklumat yang tepat dan sahih.

“Tingkatkan usaha membetulkan salah faham serta bertindak secara bijak dalam memberi tindak balas terhadap pengkritik, terutamanya pembawa berita palsu yang mengelirukan masyarakat.

“Diharap ahli komuniti dapat memberi sokongan penuh kepada pelaksanaan program-program yang menggerakkan peranan setiap Komuniti MADANI yang ditubuhkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar setiap komuniti dapat meningkatkan kualiti penyampaian dan perkhidmatan serta menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif yang mampu memberi impak positif kepada komuniti dan organisasi.

“Usahakan agar komuniti anda mampu menjadi pencetus inovasi yang dinamik dan efisien, supaya mutu perkhidmatan terus berkembang dan dapat membantu masyarakat secara menyeluruh,” tambahnya.

Related Posts

Pasaran gelap e-rokok jadi ancaman tersembunyi belia Sarawak

KUCHING – Ancaman pasaran gelap di Sarawak kini tidak lagi terhad kepada rokok tradisional, malah penyeludupan dan penjualan e-rokok atau vape haram muncul sebagai krisis baharu yang amat membimbangkan.  Perkara ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan polis fitnah bantuan bakul makanan diteruskan – Wan Rosdy

LIPIS – Kerajaan negeri akan meneruskan laporan polis terhadap seorang individu yang didakwa menyebarkan fitnah berkaitan program bantuan Bakti Negeri Pahang (BN Pahang), termasuk tuduhan peruntukan RM15,000 seminggu kepada penyelaras…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasaran gelap e-rokok jadi ancaman tersembunyi belia Sarawak

Pasaran gelap e-rokok jadi ancaman tersembunyi belia Sarawak

Malaysia, Brunei tegaskan komitmen perkukuh hubungan dua hala

Malaysia, Brunei tegaskan komitmen perkukuh hubungan dua hala

Laporan polis fitnah bantuan bakul makanan diteruskan – Wan Rosdy

Laporan polis fitnah bantuan bakul makanan diteruskan – Wan Rosdy

Pelantikan Abdul Halim perkukuh SPRM, pacu agenda integriti negara

Pelantikan Abdul Halim perkukuh SPRM, pacu agenda integriti negara

Penguatkuasaan Akta 872 perlu diperkasa demi lindungi kebajikan pekerja gig

Penguatkuasaan Akta 872 perlu diperkasa demi lindungi kebajikan pekerja gig

Ekonomi domestik perlu diperkasa hadapi ketidaktentuan global

Ekonomi domestik perlu diperkasa hadapi ketidaktentuan global