Wujud lebih banyak KRT agar mesej kerajaan lebih jelas dan berkesan

TAWAU – Lebih banyak Kawasan Rukun Tetangga (KRT) perlu diwujudkan bagi memastikan mesej dan hasrat kerajaan dapat disampaikan dengan lebih jelas dan berkesan kepada masyarakat.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, penubuhan KRT juga dapat memudahkan pelaksanaan pelbagai aktiviti selain menerapkan nilai perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat.

“Di Sabah, terdapat lebih 1,000 KRT dan sebanyak 58 daripadanya berada di Tawau. Matlamat utamanya adalah untuk menyatupadukan masyarakat dalam sesebuah kawasan.

“Oleh itu, kita menyeru agar lebih banyak KRT ditubuhkan.

“Sebagai pemimpin setempat, kita perlu memberi tumpuan dan, Insya-Allah, kita akan menganalisis serta membantu masyarakat untuk membangunkan KRT di kawasan masing-masing,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Eksplorasi Perpaduan ‘Satelit PMR Sabah’ di Muhibbah Square, di sini pada Sabtu.

Suryady yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah berkata, KRT berperanan penting dalam mengukuhkan keharmonian dan perpaduan rakyat, khususnya di Sabah yang kaya dengan kepelbagaian etnik dan budaya tetapi tetap hidup dalam keadaan aman.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Ruji Ubi menyeru masyarakat Tawau dan kawasan sekitar hadir ke Program MADANI Rakyat yang akan berlangsung di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 9 hingga 11 Mei ini.

“Bagi pihak kementerian, saya menggalakkan warga Tawau untuk bersama-sama menyertai program ini, mendapatkan pelbagai perkhidmatan di reruai yang disediakan serta menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 11 Mei,” katanya.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan