Calon BN puas hati perjalanan mengundi

TAPAH – Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir bersedia menerima apa-apa keputusan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang berlangsung sejak jam 8 pagi tadi.

Bapa kepada empat anak yang juga pesara berusia 54 tahun itu berpuas hati dengan perjalanan proses berkenaan, selain berharap pemilih berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan keluar awal untuk mengundi.

“Pastinya hari ini penentuan, seperti dinyatakan dalam siri kempen sebelum ini, saya dan jentera mempromosi supaya pengundi memilih BN dan harap ia diterjemahkan pada kertas undi.

“Pengundi juga dinasihatkan keluar awal dan pagi ini, kita lihat cuaca pun baik, selain berharap ia berterusan hingga petang bagi membolehkan orang ramai keluar mengundi.

“Saya sudah tak boleh merayu (berkempen), tetapi harap pengundi akan memberi sokongan kepada BN,” katanya ketika ditemui media selepas selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Lesong, pada Sabtu.

Terdahulu, Mohamad Yusri yang juga Setiausaha UMNO Tapah itu tiba di pusat pengundian berkenaan pada jam 8.45 pagi.

PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan saingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri; Abdul Muhaimin Malek mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Bawani KS daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Ia diadakan susulan kematian penyandang, Ishsam Shahruddin akibat serangan jantung selepas menyertai perlawanan bola persahabatan di Pulau Pinang, pada 22 Februari lalu.

Ditanya pertembungan dengan pesainganya di pusat mengundi itu, Mohamad Yusri menyifatkan kejadian sedemikian adalah perkara biasa.

“Tak mengapa, ia (bertembung dengan pesaing) memang dibenarkan tetapi saya tidak sempat berborak kerana meninjau saluran (pengundian) berlainan.

“Saya tiada masalah untuk bertembung dengan mana-mana pihak kerana kita mengamalkan politik matang,” katanya.

Related Posts

Sokongan senyap rakyat pacu kempen, kemenangan Onn di Senggarang

BATU PAHAT – Sokongan terhadap calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, Onn Abu Bakar, bukan sekadar diterjemahkan melalui kehadiran pada program kempen, malah beliau mendakwa ramai pengundi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jika benar berlaku, kelewatan bayaran Program Semarak Subuh Johor kepada masjid tidak wajar – Onn

BATU PAHAT – Dakwaan pembayaran peruntukan Program Semarak Subuh Johor kepada beberapa masjid di Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang hanya diselesaikan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diberi perhatian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kane sumbat 2 gol, England mara ke pusingan 16 terakhir

Kane sumbat 2 gol, England mara ke pusingan 16 terakhir

Sokongan senyap rakyat pacu kempen, kemenangan Onn di Senggarang

Sokongan senyap rakyat pacu kempen, kemenangan Onn di Senggarang

Jika benar berlaku, kelewatan bayaran Program Semarak Subuh Johor kepada masjid tidak wajar – Onn

Jika benar berlaku, kelewatan bayaran Program Semarak Subuh Johor kepada masjid tidak wajar – Onn

“Johor maju bukan sekadar Johor Bahru, Labis dan Tenang jangan terus dipinggirkan” – Elia Nadira

“Johor maju bukan sekadar Johor Bahru, Labis dan Tenang jangan terus dipinggirkan” – Elia Nadira

Dari sijil ke PhD: Elia Nadira mahu bawa semangat menuntut ilmu demi masa depan Tenang

Dari sijil ke PhD: Elia Nadira mahu bawa semangat menuntut ilmu demi masa depan Tenang

PH tawar agenda pembangunan mampan, lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi di Johor

PH tawar agenda pembangunan mampan, lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi di Johor