Kari ayam Malaysia stew terbaik dunia

PUTRAJAYA – Kari ayam Malaysia dinobatkan sebagai stew terbaik dunia dalam senarai 50 Stew Terbaik oleh TasteAtlas bagi April 2025.

Pengumuman itu dibuat TasteAtlas, sebuah platform makanan dalam talian yang menggambarkan laman itu sebagai ensiklopedia rasa dan atlas dunia bagi hidangan tradisional, bahan tempatan serta restoran tulen.

Dalam satu hantaran di Facebook, TasteAtlas mengucapkan tahniah kepada pemenang dengan kapsyen, “Tahniah! 50 Stew Terbaik, Kedudukan TasteAtlas (APR 2025).”

Kari Ayam menduduki tempat pertama, diikuti Kari Phanaeng dari Thailand dan Dzhash dari Armenia, manakala Murgh Makhani dari India dan Kalle Pache dari Iran melengkapkan lima tangga teratas.

TasteAtlas turut menyatakan bahawa penarafan makanan dibuat berdasarkan pendapat komuniti globalnya, selain kualiti dan keaslian sesuatu hidangan tradisional.

Antara stew lain dalam 10 tempat teratas termasuk Rendang dari Indonesia (keenam), Keema dari India (kelapan), dan Hünkar Begendi dari Turkiye (kesembilan), sekaligus mencerminkan pengaruh kuat masakan Asia.

Senarai itu turut menampilkan beberapa hidangan lain dari rantau ini seperti Kari Massaman dari Thailand (ketujuh), Kari Hijau (ke-26), dan Bo Kho dari Vietnam (ke-36).

Menurut platform itu, lebih 10,000 item makanan dan minuman dikatalogkan setakat ini, dengan ribuan lagi sedang dalam kajian dan pemetaan, termasuk pelbagai kepakaran tempatan yang jarang dikenali atau hampir dilupakan.

TasteAtlas berusaha mendokumentasikan warisan kulinari dari seluruh dunia, termasuk dari bandar raya, wilayah dan kawasan luar bandar.

Senarai penuh stew terbaik dunia boleh diakses di www.tasteatlas.com/best-rated-stews-in-the-world.

Related Posts

Biodiesel B15 dilancar 1 Jun, sokong penstabilan harga diesel

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan biodiesel B15 mesti dikeluarkan melalui 19 loji mulai 1 Jun ini juga, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, pengeluarannya penting bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan memerintahkan bekas suami Jahidah Nordin iaitu Rosmaini Abdul Raof, dihukum penjara 14 tahun berkuat kuasa hari ini atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap wanita itu, lima…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

Isu harga barangan akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini

Isu harga barangan akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini