Ajak sokong calon Bersatu sebab Pas Kelantan tak halang minum arak?

GUA MUSANG – Seorang individu yang dipercayai penyokong Pas, Datuk Naran Singh memberi sokongan penuh kepada calon Bersatu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Menerusi video yang dimuat naik akaun TikTok bernama UncleMok itu, individu itu berkata, sokongan itu diberikan kerana beliau mendakwa di bawah kepimpinan Pas tidak menghalang kaum lain untuk minum arak di negeri ini.

“Saya datang ke Gua Musang memberi sokongan penuh kepada calon Pas dan Bersatu, dan saya harap rakyat-rakyat di Kelantan terutama di DUN Neggiri akan mengundi calon yang akan mengunakan lambang Pas.

“Dan saya nak tunjukkan pada malam ini, bahawa di Gua Musang terutama di Kelantan, Pas tidak menghalang kaum lain untuk minum arak. Malam ini kita ada di kedai Cina kita sedang minum arak.

“Di Nenggiri akan turun untuk menyokong calon daripada parti Pas dan Bersatu,” kata peguam dari Ipoh itu.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sumber video yang telah dimuat naik ini.

Related Posts

Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

TAWAU – Sistem pengurusan hospital di negeri ini terus diperkemas bagi menangani isu kesesakan pesakit serta mengurangkan tempoh menunggu untuk mendapatkan rawatan, sekali gus meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

SHAH ALAM – Selangor akan melaksanakan penutupan sekolah, tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, selaras dengan ketetapan pihak berkuasa. Exco Kesihatan Awam dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

  • By Fatin
  • September 7, 2026
Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200