Fahmi utus takziah untuk keluarga Allahyarham Jay Jay

MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga penyanyi, Allahyarham Jay Jay yang meninggal dunia di
di Hospital Thomson, Kota Damansara jam 9.27 malam tadi.

Menerusi hantaran di Instagram, Fahmi berkata, beliau menerima khabar duka itu ketika menghadiri program Himpunan Pembebasan Palestin di Bukit Jalil, semalam.

“Mohd Fauzi Darus atau dikenali sebagai Jay Jay meninggalkan kita buat selamanya.

“Pemergian Allahyarham adalah kehilangan amat besar dalam industri muzik tanah air.

“Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.

Terdahulu, rakan Allahyarham mengesahkan pemergian Allahyarham Jay Jay disebabkan kegagalan fungsi pelbagai organ dalaman.

Mei lalu, Allahyarham menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mendapat serangan jantung ringan dan sesak nafas ketika mahu menaiki bas dari Singapura ke Kuala Lumpur.

Selepas pembedahan, Allahyarham diserang angin ahmar seterusnya perlu menjalani rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan.

Jenazah disolatkan di Masjid Al- Husna Bandar Sunway yang berhampiran kediamannya jam 10 pagi ini.

Kerjaya penggiat seni kelahiran Kedah itu bermula sebagai vokalis dan pemain bass kumpulan Carefree yang cukup popular dengan lagu Rindu Bayangan.

Bersama kumpulan itu, mereka sempat merakamkan empat album termasuk album kompilasi sebelum masing-masing memilih jalan sendiri tiga tahun selepas ditubuhkan iaitu pada 1982.

Allahyarham Jay Jay kemudian meneruskan kerjaya seni secara solo dan menghasilkan tujuh album.

Antara lagu popular adalah Kau Yang Tersendiri, Keasingan Dalam Luka serta dan Cukuplah Sekali.

Related Posts

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

PUTRAJAYA – Inisiatif MADANI Mart menyasarkan pembukaan satu cawangan bagi setiap Dewan Undangan Negeri sebagai sebahagian visi capaian nasional untuk memastikan lebih ramai rakyat memperoleh barangan keperluan pada harga berpatutan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini menegaskan bahawa hukuman sebat adalah sah dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Keputusan itu dicapai melalui penghakiman majoriti 2-1 yang disampaikan oleh Ketua Hakim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara