Fatwa Hadi Awang perlu dirujuk ke Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan – Dr Khairuddin

HUKUM berpilihan raya adalah fardu kifayah bukannya fardu ain yang menjadi wajib ke atas setiap individu Muslim yang cukup syarat untuk melaksanakan ibadah haji, kata Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO Malaysia, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Dr Khairuddin berkata, kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang memberikan isyarat bahawa masyarakat Islam yang mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning perlu mendahulukan kemenangan politik berbanding niat menunaikan ibadah haji dan umrah menimbulkan kekeliruan terhadap hukum Islam.

“Apabila bertembung antara kewajipan haji yang bersifat fardu ain dengan jihad yang bersifat fardu kifayah, maka wajib diutamakan fardu ain,” jelas Dr Khairuddin merujuk perbahasan para fuqaha tentang pertembungan antara ibadah haji dan jihad dalam konteks hukum fiqh.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Abdul Hadi dilihat begitu lemah dalam memahami konsep tasawwur atau gambaran sebenar mengenai pilihan raya sehingga mengeluarkan ‘fatwa’ mengenepikan haji adalah wajib untuk urusan tersebut.

Sehubungan itu, Dr Khairuddin mencadangkan agar fatwa oleh Abdul Hadi ini dibawa peringkat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk dinilai kerana ia boleh menimbulkan kesalahfahaman banyak pihak.

“Semua ini berpunca dari tasawwur tentang hakikat pilihan raya dalam konteks demokrasi moden di Malaysia.

“Maka pencerahan tentang hukum semasa pilihan raya dalam Islam dalam konteks Malaysia mesti diberikan pencerahan oleh pihak berautoriti agama agar tidak sewenangnya keluar “fatwa-fatwa” mengelirukan masyarakat awam khususnya yang jahil tetapi bersemangat untuk beramal demi Islam,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Presiden Pas ketika berceramah pada majlis kempen calon Perikatan Nasional (PN) untuk PRK DUN Ayer Kuning di Tanjung Keramat berkata bahawa umat Islam di negara ini lebih cenderung menunaikan ibadah haji dan umrah berbanding berusaha untuk menguasai pentadbiran negara.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta