Isu ladang babi akan dijawab Exco dalam Sidang DUN Perak minggu depan

TAPAH – Isu ladang babi yang didakwa beroperasi secara haram di Kampung Tanjung Keramat di sini akan dijawab pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, minggu depan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara itu akan dimaklumkan pada sesi penggulungan Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri, A Sivanesan.

“Isu ini akan dijawab oleh Sivanesan selaku Exco yang bertanggungjawab berikutan ada beberapa penambahbaikan dibuat oleh beliau.

“Kita tunggu penggulungan beliau nanti,” katanya ketika menjawab gesaan Perikatan Nasional (PN) yang mendakwa wujudnya ladang babi haram di Kampung Tanjung Keramat.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN Perak berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidlfitri anjuran Persatuan Kelab-kelab Belia (MAYC) Perak, pada Sabtu.

Sebelum ini, Hafez Sabri ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak mendedahkan terdapat ladang babi beroperasi di Ayer Kuning, lebih-lebih lagi di Kampung Tanjung Keramat yang majoritinya didiami masyarakat Melayu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi terbabit memberitahu, penduduk di kawasan berkenaan menyatakan ketidakpuashatian kerana isu tersebut masih belum diselesaikan sehingga kini.

Malah, Idris menerusi sidang media pada Khamis turut memaklumkan pihaknya turut meminta Kerajaan Negeri mewajibkan penggunaan sistem penternakan moden yang tidak mengeluarkan bau susulan mendakwa penduduk Ayer Kuning terpaksa berdepan bau busuk setiap hari.

Bagaimanapun, penduduk di Kampung Tanjung Keramat menafikan terdapat ladang babi beroperasi di kawasan tersebut, seperti didakwa oleh Ketua Pemuda PN Perak itu.

Berdasarkan pemerhatian The Malaysia Press (TMP), tiada ladang babi haram yang wujud di kampung tersebut, malah industri hiliran itu yang memiliki lesen telah menggunakan sistem penternakan moden dan berhawa dingin selain ditempatkan sejauh kira-kira tiga kilometer dari penduduk setempat.

Malah, rata-rata penduduk menyangkal dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad bahawa kewujudan ladang babi berlesen itu menyebabkan penduduk Ayer Kuning terpaksa berdepan bau busuk setiap hari.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP