Tidak benar Pemuda UMNO Tapah boikot Ustaz Yusri

TAPAH – Pemuda UMNO Bahagian Tapah menafikan berlakunya unsur protes atau boikot terhadap calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Ketua Pemuda UMNO Tapah, Fahmi Ahmad Jakhi­si berkata, tiada sebarang pergeseran berlaku membabitkan dirinya dan calon BN, Dr Mohamad Yusri Bakir, seperti didakwa oleh pihak lawan.

Menurutnya, kerjasama berada pada tahap baik dan beliau yakin, sayap Pemuda akan memberikan sokongan kepada Setiausaha UMNO Tapah yang bertanding di kerusi DUN berkenaan.

“Tidak benar berlakunya isu boikot (daripada Pemuda UMNO Tapah). Jentera sayap Pemuda telah pun memulakan dalam membantu kempen sejak selesai proses penamaan calon PRK DUN Ayer Kuning.

“Pihak kita menerima sepenuhnya keputusan pucuk pimpinan parti yang memilih Dr. Mohamad Yusri Bakir sebagai calon BN.

“Saya akur dan reda (tidak terpilih sebagai calon) tidak akan sama sekali mengabaikan tanggungjawab dalam memastikan kemenangan di DUN Ayer Kuning kekal menjadi milik BN,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Pada Sabtu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada sebarang pergeseran berlaku membabitkan calon BN dan Ketua Pemuda UMNO Tapah, Fahmi Ahmad Jakhisi.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh turut menegaskan, pihaknya tidak akan memboikot Mohamad Yusri pada PRK DUN Ayer Kuning meskipun calon daripada Pemuda tidak terpilih untuk PRK berkenaan.

Menurut Akmal, walaupun tidak dicalonkan kali ini, semangat perjuangan Pemuda tetap utuh selepas kejayaan besar calonnya dalam PRK Nenggiri dan Mahkota sebelum ini.

PRK DUN Ayer Kuning yang diadakan susulan kematian Ishsam akibat serangan jantung pada 22 Februari, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri menentang calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 26 April ini, manakala pengundian awal akan diadakan pada 22 April.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari, bermula selepas pengisytiharan calon hingga jam 11.59 malam 25 April ini.

Related Posts

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

LATAR pendidikan undang-undang, pengalaman kepimpinan mahasiswa dan pencapaian dalam pertandingan pidato antarabangsa menjadi kelebihan calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi pada Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

CALON muda yang diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin perlu diberi ruang untuk membuktikan kemampuan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA