Ketiadaan pimpinan utama Pas di pengebumian Allahyarham Tun Abdullah jadi tanda tanya

DUNIA politik ini dinamik dan boleh berubah mengikut keperluan semasa.

Ada ketika menjadi kawan dan kemudiannya menjadi lawan.

Tapi paling penting adalah memiliki sikap ihsan dan manusiawi.

Tidak kiralah seteruk mana pergeseran pernah tercetus, namun akhirnya segala dendam dan amarah itu perlu dikendurkan.

Pemergian secara agak mengejut Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi semalam – sekitar jam 7.10 malam – di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur seharusnya membuka ruang kepada semua kawan dan lawan politik berdamai.

Kalau bukan untuk tempoh panjang, cukuplah untuk hadir dan memberi penghormatan terakhir kepada Negarawan itu.

Perdana Menteri Keenam, Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara mendapat pelepasan khas bagi menziarahi jenazah Tun Abdullah di Masjid Negara.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali juga hadir.

Begitu juga Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tapi, sehingga jenazah ‘Pak Lah’ selesai dikebumikan di Makam Pahlawan, tidak ada kelibat pimpinan utama Pas yang muncul.

Tiada wajah Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tidak muncul juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atau Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Yang muncul cuma Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Manakala Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli ketika satu majlis di Kangar, memaklumkan kerajaan negeri mengarahkan bendera negeri dikibarkan separuh tiang sepanjang hari ini.

“Kami mendapat perkenan Tuanku Raja Perlis untuk mengibarkan bendera separuh tiang sebagai tanda penghormatan kepada Tun Abdullah yang banyak menyumbang kepada negara dan negeri ini,” jelasnya.

Sebaiknya semua pimpinan tanpa mengambil kira faham politik hadir memberikan penghormatan terakhir mereka kepada Allahyarham Tun Abdullah.

Bukankah itu lebih elok dan bersopan.

Adakalanya, kita perlu berfikir secara waras dan menilai segala bentuk ruang sebelum membuat keputusan atau pilihan.

Semoga Allah merahmati dan menempatkan roh Allahyarham Tun Abdullah bersama mereka yang dikasihi-Nya.

Related Posts

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

NARATIF yang menggambarkan ekonomi Islam seolah-olah dipinggirkan dalam sistem global perlu dilihat secara lebih objektif dan berpaksikan realiti semasa. Sistem ekonomi dunia hari ini tidak lagi beroperasi dalam kerangka ideologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

CADANGAN pembangunan projek Regasification Terminal (RGT) di Kemaman yang dijangka siap menjelang 2029 dilihat sebagai satu langkah strategik untuk mengangkat Terengganu sebagai hab LNG di Pantai Timur. Dalam naratif pembangunan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy