Tun Abdullah negarawan berjiwa luhur – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita atas pemergian Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia pada jam 7.10 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Ahmad Zahid berkata, pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar buat negara dan rakyat Malaysia.

“Allahyarham pastinya akan dikenang sebagai seorang negarawan berjiwa luhur, tenang dalam kepimpinan, dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan,” kata beliau dalam satu kenyataan di laman Facebook.

Beliau turut menzahirkan penghargaan atas jasa besar Tun Abdullah dalam membentuk asas pentadbiran negara berteraskan integriti serta prinsip Islam Hadhari, yang dianggap akan terus terpahat dalam lipatan sejarah negara.

“Saya secara peribadi amat terkesan dengan pemergian beliau. Tun (Abdullah) bukan sekadar seorang tokoh negara, tetapi juga seorang mentor dan pemimpin yang amat saya hormati.” ujarnya.

Mengimbau kembali perjalanan awal karier politiknya, Ahmad Zahid berkata, Allahyarham Tun Abdullah banyak membuka ruang dan memberi peluang kepadanya membina hala tuju sebagai seorang pemimpin.

“Bimbingan dan kepercayaan yang beliau berikan menjadi antara asas penting membentuk diri dan arah langkah saya hingga ke hari ini.”

Ahmad Zahid dan keluarga turut merakamkan ucapan takziah yang setulusnya kepada balu Allahyarham, Tun Jeanne Abdullah serta seluruh ahli keluarga.

“Semoga mereka dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini.” katanya.

Related Posts

PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

CEBU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 serta mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini bermula esok hingga 8 Mei ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC kesan 600 hantaran palsu krisis tenaga global, lima kes ke mahkamah

PUTRAJAYA – Lebih 600 hantaran di media sosial yang mengandungi maklumat palsu berkaitan krisis tenaga global dikesan sejak 29 Mac lalu hingga kini. Jurucakap Kerajaan MADANI merangkap Menteri Komunikasi, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Penduduk Sungai Apin nikmati fasiliti sukan lebih selesa

Penduduk Sungai Apin nikmati fasiliti sukan lebih selesa

Anggota PDRM Sabah diseru perkukuh pengurusan kewangan, kesihatan mental

Anggota PDRM Sabah diseru perkukuh pengurusan kewangan, kesihatan mental

Penyelarasan antara agensi pastikan Pan Borneo Sabah siap ikut jadual – Hajiji

Penyelarasan antara agensi pastikan Pan Borneo Sabah siap ikut jadual – Hajiji

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar