Pembinaan jajaran SSLR di Limbang sudah bermula

LIMBANG: Pembinaan jajaran Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR) yang sudah bermula di Limbang memberi khabar baik bagi masyarakat Utara Sarawak.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata, jalan raya ini sudah lama di tunggu-tunggu oleh masyarakat setempat yang merupakan kemudahan penting sebagai akses menghubungkan penduduk pedalaman dan luar bandar.

Ujarnya, pada awal pembinaan ini pihak pelaksana dilihat akan membina terlebih dahulu jambatan yang akan menghubungkan kawasan ulu seberang disamping dapat memendekkan perjalanan penduduk pendalaman menuju ke bandar Limbang.

“Penduduk di kawasan seberang sungai terpaksa melalui jalan yang jauh untuk ke Medamit dan bandar selain menggunakan laluan sungai ke sekolah dan klinik yang terletak di seberang sungai.

“Di Limbang ini yang nampak sekarang adalah pembinaan jambatan di Medamit menyeberangi Sungai Limbang yang merupakan sebahagian daripada laluan SSLR yang telah pun bermula,” ujarnya semasa ditemui media selepas Program Outreach Santuni Komuniti (POSKOM) di Dewan Masyarakat Medamit, semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Datuk Mohammad Razi Sitam.

Datuk Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang itu berkata, pembinaan SSLR fasa dua menghubungkan Limbang ke Gunung Mulu melibatkan jarak sejauh 320 kilometer baru sahaja bermula.

SSLR akan menghubungkan lokasi-lokasi di Sarawak iaitu bandar Lawas ke bandar Limbang seterusnya ke pekan Mulu tanpa melalui Brunei dengan menggunakan peruntukan kerajaan persekutuan berjumlah RM7.2 bilion.

Related Posts

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

KOTA SAMARAHAN – Tiga penuntut Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mencipta kejayaan apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan IC Design Competition 2025 (ICDC25) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

KOTA KINABALU – Sabah merekodkan 484,699 ketibaan pelawat dari China bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, meningkat 25.5 peratus berbanding 386,217 ketibaan dalam tempoh sama pada tahun lalu. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Polis nasihat penduduk sekitar Tasik Bera beri kerjasama kepada penguat kuasa

Polis nasihat penduduk sekitar Tasik Bera beri kerjasama kepada penguat kuasa

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini