Hampir 1.2 juta pelancong China masuk Malaysia setakat Mei

MALAYSIA menerima 1,185,050 pelancong dari China setakat Mei 2024 iaitu peningkatan 194 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau berkata, peningkatan itu disebabkan pelaksanaan pengecualian visa antara kedua-dua negara.

“Saya menggalakkan semua syarikat penerbangan merebut peluang ini dan memperluas kesalinghubungan antara Malaysia dengan pelbagai negara untuk menyediakan lebih banyak kemudahan serta pilihan untuk pelancong di seluruh dunia selain mewujudkan situasi sama menang,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

King Sing turut mengumumkan pelancaran penerbangan terus pertama AirAsia dari Ningbo, China ke Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, Sabah yang akan beroperasi tiga kali seminggu menggunakan pesawat Airbus A320, masing-masing dengan kapasiti 180 tempat duduk.

Katanya, penerbangan terus itu akan membantu menarik pelancong, terutama dari Wilayah Zhejiang serta wilayah lain di China.

Pada November lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pengecualian visa 30 hari untuk pelancong dari China dan India mulai 1 Disember tahun sama.

China juga bersetuju melanjutkan pengecualian visa untuk pelancong Malaysia dari 15 kepada 30 hari, sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

Related Posts

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

KUALA LUMPUR – Urusan permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 boleh dilakukan secara dalam talian. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

KOTA KINABALU – Minggu Suai Mesra (MSM) dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat serta Asasi Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekalan tenaga negara kekal kukuh melalui kepelbagaian sumber import

Bekalan tenaga negara kekal kukuh melalui kepelbagaian sumber import

Menteri Komunikasi santuni Komuniti MADANI di Tangkak, perkukuh peranan tangkis berita palsu

Menteri Komunikasi santuni Komuniti MADANI di Tangkak, perkukuh peranan tangkis berita palsu

Dua warga asing ditahan terlibat aktiviti bom ikan

Dua warga asing ditahan terlibat aktiviti bom ikan

Premis dikompaun jual ais bongkah tanpa lesen, aset RM2.1 juta dirampas

Premis dikompaun jual ais bongkah tanpa lesen, aset RM2.1 juta dirampas

Sabah sah tanding 28 sukan SUKMA, giat perhalusi senarai atlet

Sabah sah tanding 28 sukan SUKMA, giat perhalusi senarai atlet

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan