PRK Sungai Bakap: Polis buka satu kertas siasatan

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang pada Sabtu telah membuka satu kertas siasatan berkaitan satu laporan merosakkan bahan-bahan kempen parti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Sebanyak satu laporan polis diterima dan satu kertas siasatan dibuka meliputi kesalahan merosakkan bahan kempen,” katanya.

Menurut laporan Kosmo! Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang pada Jumaat telah membuat laporan polis selepas mendakwa ada pihak cuba mensabotaj bahan kempen parti Pakatan Harapan (PH).

Ketuanya, Muhammad Fadzli Roslan mendakwa sebanyak 38 gegantung dan 53 bendera yang dipasang di sekitar kawasan Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat telah diturunkan pihak tidak bertanggungjawab dan ada antaranya dibuang di dalam longkang.

Related Posts

UMNO perlu utamakan denyut nadi rakyat

PEKAN – UMNO perlu melakukan anjakan dan mengetepikan perbezaan dalaman bagi menjadi parti yang benar-benar memahami denyut nadi rakyat serta menjadi sandaran orang Melayu. Ahli Jawatankuasa Perhubungan UMNO Pahang, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN sokong Anwar hingga hujung penggal, tapi mahu tawan Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Barisan Nasional (BN) akan terus menyokong Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga tamat penggal, namun berharap diberi mandat untuk mengambil alih pentadbiran Negeri Sembilan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI