ISTANBUL – Hamas pada Jumaat mengecam rancangan Israel untuk menghalalkan penempatan dan unit baharu di Tebing Barat yang diduduki.
Pengumuman itu dianggap oleh kumpulan pejuang Palestin sebagai ‘pengisytiharan praktikal’ untuk meneruskan rancangan ekstremis Menteri Kewangan Bezalel, Smotrich bagi mengawal Tebing Barat.
Kata Hamas, rancangan penempatan baharu itu ‘memerlukan pendirian bersatu rakyat Palestin untuk menolak dan menghadapi serta menentang dasar kerajaan Zionis melampau’.
Oleh itu, Hamas menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa untuk mengambil langkah praktikal untuk berusaha menghentikan rancangan itu.
Berita Harian melaporkan, Kabinet Israel pada Khamis telah meluluskan cadangan Smotrich untuk menghalalkan pos-pos penempatan di Tebing Barat sekali gus mengenakan sekatan ke atas pihak berkuasa Palestin.








