Kestabilan Malaysia jadi rujukan pemimpin dunia

DATUK Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia kerap menjadi rujukan pemimpin dunia dan negara Asia berikutan kestabilannya dalam pelbagai perkara.

Perdana Menteri berkata, antara pemimpin dunia dan Asia menghubunginya termasuk Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

“Mereka menghubungi saya bukan sebab Perdana Menteri, tetapi kerana kerajaan negara kita yang stabil.

“Pada masa sama, dasar ekonomi kita mampu menarik pelaburan dan tenang menghadapi keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengenakan tarif (timbal balik) yang tinggi,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI peringkat Kelantan di Pantai Irama, dekat Bachok, Kelantan, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud; Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Anwar berkata, dasar Trump itu semestinya membimbangkan kerana boleh menyebabkan ekonomi terjejas.

“Kita hubungi semua pemimpin negara ASEAN dan nasib baik Trump tangguh (peningkatan tarif) kepada banyak negara termasuk ASEAN dan Malaysia.

“Bagaimanapun, Trump kenakan tarif terlalu tinggi kepada China,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula