
MUKAH – UiTM kampus Mukah hari ini mempromosikan makanan berasaskan sagu, melalui Mini Showcase Impact Digital Community Tourism (IDCT) sebagai usaha mengetengahkan produk tempatan dan inovasi dalam industri makanan.
Pameran ini bukan sahaja menonjolkan keunikan dan kepelbagaian makanan daripada bahan asas tersebut malah memperlihatkan potensi teknologi digital dalam memperkasa komuniti tempatan melalui aktiviti pelancongan.
Turut hadir dalam pameran tersebut ADUN Tellian, Royston Valentine yang sempat meluangkan masa melawat tapak Pesta Kaul Mukah kelolaan kampus berkenaan.
Projek makanan berasaskan sagu ini juga bakal dipertandingkan di UNIMAS dalam masa terdekat dan bakal membawa harapan yang besar untuk mengangkat Mukah dan UiTM ke peringkat yang lebih tinggi.
Orang ramai dijemput hadir ke tapak Mini Showcase Makanan Berasaskan Sagu yang berlangsung pada 3 Ogos hingga 4 Ogos 2024.
Pelbagai aktiviti seperti pameran, cabutan bertuah dan mini games dipersembahkan di dalam penganjuran kali ini.





