Borneo Flora Festival 2025 dijangka rancakkan sosioekonomi Labuan

LABUAN – Borneo Flora Festival 2025 (BFF 2025) yang akan berlangsung dari 26 hingga 30 Julai ini dijangka merancakkan sektor sosioekonomi Wilayah Persekutuan (WP) Labuan melalui limpahan manfaat kepada pelbagai industri tempatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, festival berkenaan dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi melalui penglibatan masyarakat pelbagai lapisan, sekali gus membuka peluang perniagaan dan penjanaan pendapatan secara inklusif.

“Pendekatan ini merupakan antara strategi penting Kerajaan MADANI untuk Labuan. Apabila sektor pelancongan digerakkan secara menyeluruh, sektor lain seperti pengangkutan, makanan dan minuman, hospitaliti serta industri kreatif juga akan berkembang.

“Inilah kesan gandaan ekonomi yang kita sasarkan untuk dinikmati rakyat setempat,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran BFF 2025 di Kompleks Sukan Antarabangsa Labuan, pada Jumaat.

Menurut Dr Zaliha, penganjuran festival itu turut mengambil inspirasi daripada Royal Floria Putrajaya, sebagai usaha mengangkat Labuan sebagai permata pelancongan tropika di kepulauan Borneo.

“Saya mencabar Perbadanan Labuan untuk menyasarkan kehadiran sehingga 50,000 pengunjung sepanjang festival ini.

“Sasaran ini memerlukan promosi yang berkesan serta kerjasama erat daripada semua pihak.

“Sebanyak 200,000 bunga dan tumbuhan tropika akan menghiasi lebih 20 taman bertema yang direka secara kreatif dan berwarna-warni,” jelasnya.

Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan penghargaan kepada wakil agensi, pihak swasta dan komuniti yang telah dilantik sebagai Sahabat BFF, yang disifatkan memainkan peranan penting dalam mempromosikan dan menyebarluaskan maklumat berkaitan festival tersebut.

“BFF 2025 membawa harapan baharu buat Labuan, mencetus pertumbuhan ekonomi komuniti serta memperkukuh kedudukan pulau ini sebagai destinasi pelancongan beridentitikan kepelbagaian alam tropika dan budaya Borneo,” katanya.

Related Posts

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

BENTONG – Kira-kira 10,000 penerima akan mendapat manfaat daripada Kad Kesihatan Kasih Makmur Negeri Pahang (Edisi Pahlawan) tahun ini. Ia adalah antara usaha berterusan memastikan kebajikan golongan pejuang negara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

KUALA KRAI – Dua individu maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Manek Urai, di sini, hari ini. Kejadian yang berlaku di Jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data