Pemimpin era PN perlu tampil perjelas isu tanah Kampung Sungai Baru

PEMIMPIN Perikatan Nasional (PN) yang terlibat dalam isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru di Kuala Lumpur ketika era pentadbiran parti itu sewajarnya tampil ke hadapan memberikan penjelasan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berpendapat pengambilan tanah di kawasan itu adalah isu lapuk dan amat diperlukan penjelasan hal berkenaan.

“Ini (isu) dah lama, jadi saya ingat ia perlu penjelasan daripada pihak berkenaan, pada waktu itu.

“Sebab ini legasi yang wujud sejak bertahun-tahun sebelumnya.

“Saya sendiri secara peribadi (rasa) kita perlukan penjelasan terhadap perkara-perkara tersebut, apa yang berlaku pada tempoh tersebut perlu penjelasan lanjut,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim menjawab pertanyaan adakah isu itu merupakan kesilapan kerajaan PN apabila ia didakwa tercetus ketika itu.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian antara 23 wakil rakyat pembangkang yang hadir mendengar taklimat yang disampaikan oleh penduduk kampung berkenaan yang terkesan dengan projek pembangunan di kawasan itu pada Rabu.

Menerusi pertemuan itu, Pengerusi Jawatankuasa Sementara Penduduk Kampung, Zainab Alias mendakwa terdapat beberapa bekas menteri dan wakil rakyat terdahulu menyokong pemaju seperti Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Shahidan Kassim, serta ahli Parlimen Titiwangsa ketika itu, Datuk Seri Rina Harun.

“Kami dah bagi tempoh berapa lama tiada siapa wakil rakyat pun jumpa kami, yang saya sedih YB Rina pun boleh sokong dengan pemaju, tanah kami dia sokong (pemaju), saya marah.

“Saya sebut satu lagi nama menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Annuar Musa, selepas itu jumpa Shahidan Kassim,” katanya.

Tambah Tuan Ibrahim, isu di Kampung Sungai Baru adalah satu bentuk kezaliman yang tidak seharusnya terjadi.

“Ia juga tentang hak orang Melayu di kawasan ini yang akan hilang. Kalau mereka setuju, mereka mungkin akan dapat sebuah rumah sebagai ganti, tapi yang jelasnya mereka dipaksa.

“(Kalau) tak terima pergi mahkamah, berapa mahkamah putuskan itulah yang tinggal. Jumlah pampasan RM250,000 ke RM300,000 itu bukan nilai yang sebenar.

“Rumah-rumah di kawasan ini (sepatutnya) akan cecah RM800,000 ke RM1 juta seunit. Ini satu kezaliman yang tidak sepatutnya diizinkan dalam negara kita,” katanya.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK Penampang desak Noorazli tarik balik kenyataan, mohon maaf kepada umat Kristian

  • By Ithma
  • September 15, 2026
AMK Penampang desak Noorazli tarik balik kenyataan, mohon maaf kepada umat Kristian

Pemandu lori maut dihempap runtuhan batu di kuari

Pemandu lori maut dihempap runtuhan batu di kuari

Sensitiviti agama bukan jenaka politik, Ketua UMNO Sepang diminta mohon maaf

Sensitiviti agama bukan jenaka politik, Ketua UMNO Sepang diminta mohon maaf

Hospital Lawas bernilai RM183 juta siap, perkasa perkhidmatan kesihatan buat rakyat

Hospital Lawas bernilai RM183 juta siap, perkasa perkhidmatan kesihatan buat rakyat

Hospital baharu Lawas perkukuh akses rawatan penduduk utara Sarawak

Hospital baharu Lawas perkukuh akses rawatan penduduk utara Sarawak

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar