MBAS buat penilaian semula cukai taksiran termasuk rumah kampung

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) sedang menjalankan proses penilaian semula cukai taksiran bagi penyediaan nilai yang baharu setelah 33 tahun penilaian terbabit tidak dilaksanakan.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Abdul Gafar Yahya berkata, setakat ini penilaian terbabit sudah berjalan sebanyak 80 peratus.

Katanya, baki 20 peratus proses penilaian itu akan melibatkan rumah-rumah kampung dan harta khas yang dianggarkan sebanyak 20,000 pegangan.

“Setelah 33 tahun, pada tahun ini MBAS melalui Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta melaksanakan penilaian terbabit untuk menampung kos pengurusan dan perkhidmatan yang lebih baik.

“Saya mewakili MBAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga Bandaraya Alor Setar yang memberikan kerjasama baik sepanjang proses penilaian ini berjalan,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Menurutnya, selain itu turut termasuk dalam penilaian ini adalah isu binaan tanpa kebenaran MBAS dan isu bangunan kediaman yang dijadikan perniagaan.

“Selepas selesai proses penilaian semula, MBAS akan mengangkat kertas cadangan kepada Pihak Berkuasa Negeri.

“Kemudian kita akan adakan sesi pendengaran awam atau bantahan untuk warga bandaraya ini sebelum cukai baharu dilaksanakan,” jelasnya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan