Pembeli rumah disaran hubungi TTRS berkenaan isu perumahan

SIBU – Orang awam khususnya pembeli rumah atau pemilik tanah disarankan untuk berhubung terus kepada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Sarawak (TTRS) sekiranya mengalami sebarang masalah berkaitan isu perumahan.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata masih ramai yang belum peka akan kewujudan TTRS ini bagi mendapatkan khidmat nasihat apabila menghadapi segala bentuk masalah, ujarnya dalam pelancaran Jerayawara Tribunal Perumahan di Wisma Sanyan.

“Kami juga akan memastikan segala jenis penerangan berkaitan peranan, prosedur dan dasar yang dilaksanakan oleh kementerian saya dalam menyelesaikan pertikaian dan membuahkan hasil yang adil serta saksama kepada semua pihak yang terlibat”,’ katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu juga berkata, jerayawara tribunal ini akan dibawa ke bahagian utama seperti Kuching, Bintulu dan Miri.

Peranan Tribunal Perumahan menjadi semakin luas setelah Tribunal Pengurusan Strata mula beroperasi pada Februari 2024.

Tujuan utama penubuhannya adalah untuk menyelesaikan isu pertikaian yang melibatkan pengurusan strata dengan lebih cepat dan keberkesanan kos.

Oleh yang demikian, bagi memfokuskan kepada keberkesanan kos dan pengurusan yang cekap, saya telah mengambil inisiatif untuk mengarahkan kementerian saya di Tribunal Perumahan untuk berkerjasama dengan kontraktor yang dilantik.

Ini bertujuan untuk mengurangkan kos serta masa kepada pihak yang menuntut dan juga kementerian bagi kes-kes yang berada di luar Kuching, ujarnya. Tambahan pula, inisiatif ini adalah selaras dengan salah satu daripada tujuh pemboleh ubah di bawah Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS).

Turut hadir Elizabeth Loh, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak; Fathi Hambali, Ketua Pegawai Eksekutif Housing Development Corporation (HDC), dan Mohammed Abdullah Izkandar Roseley, Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu.

Related Posts

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

  • By Ezmie
  • September 20, 2026
Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

Brighton tewaskan Arsenal, lebur rekod penyandang juara EPL

Brighton tewaskan Arsenal, lebur rekod penyandang juara EPL

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM