Anwar, Prabowo bincang tarif baharu AS

PERTEMUAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, di Putrajaya, membincangkan mengenai isu serantau yang penting termasuk tarif baharu yang diterapkan Amerika Syarikat (AS) terhadap negara ASEAN.

Perdana Menteri berkata, pertemuan itu juga menyentuh usaha dan tindakan bersama dalam memberikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat di Myanmar yang terkesan akibat bencana gempa baru-baru ini.

“Semoga semangat Aidilfitri terus memperkuat hubungan persaudaraan dan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia atas nama keamanan dan kesejahteraan serantau,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Pesawat khas membawa Prabowo serta delegasi mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 5.52 petang tadi.

Ketibaan Prabowo disambut Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Shahrol Anuwar Sarman, yang kemudiannya melintasi barisan kawalan kehormatan statik oleh 28 pegawai serta anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) diketuai Kapten Nor Saifullah Mahmad @ Mohammed.

Prabowo kemudian menghadiri majlis makan malam secara tertutup sebelum berlepas pulang malam ini.

Ini adalah lawatan ketiga Prabowo ke Malaysia sejak memegang jawatan itu pada Oktober 2024.

Media antarabangsa hari ini melaporkan pertemuan kedua-dua pemimpin itu adalah kunjungan sempena Aidilfitri serta penghormatan kepada Anwar sebagai seorang daripada pemimpin ASEAN.

Malaysia secara rasmi memegang jawatan Pengerusi ASEAN bermula awal tahun ini, dengan Tema Kepimpinan ASEAN 2025 Malaysia adalah ‘Keterangkuman dan Kemampanan’.

Sebelum ini, Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Related Posts

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

KOTA KINABALU- Pembangunan infrastruktur pengangkutan di Sabah masih menjadi antara keutamaan Kerajaan MADANI, khususnya dalam usaha merapatkan jurang pembangunan antara Sabah dengan Semenanjung. Ketua Penerangan KEADILAN Sabah, Ahmad Farid Sainuri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) tidak mencampuri urusan pentadbiran Negeri Sembilan, khususnya berkaitan institusi diraja dan adat di negeri itu sebaliknya hanya menjawab persoalan yang dibangkitkan kerajaan Barisan Nasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX