Majlis Rumah Terbuka Ahli Parlimen Sibuti meriah dengan suasana tradisi raya Sarawak 

BAKAM– Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Ahli Parlimen Sibuti, Datuk Lukanisman Awang Sauni berlangsung meriah dengan kehadiran ratusan pengunjung daripada pelbagai latar belakang. 

Program yang bermula pada jam 12 tengah hari hingga 4 petang Sabtu itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi  Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

Nurul, pengunjung berasal dari Perak menetap 8 tahun di Sarawak, menyatakan bahawa ini adalah kali kedua dia beraya di Sarawak. 

Dia datang bersama keluarganya unruk memberi pendedahan kepada anak-anaknya mengenai suasana beraya di Sarawak. 

Menurutnya, ini juga merupakan peluang terbaik untuk mereka merasai bertemu dengan pemimpin Sarawak dan lebih memahami budaya serta tradisi yang berbeza.

“Saya ingin anak-anak saya mengenali lebih dekat budaya Sarawak, selain dapat bertemu dengan masyarakat dan pemimpin negeri ini adalah pengalaman yang sangat berharga,” kata Nurul.

Sementara itu, Ninie, seorang penjawat awam, turut tidak melepaskan peluang untuk membawa anaknya ke majlis tersebut. 

Dia mengambil kesempatan ini untuk melibatkan anaknya dalam aktiviti sukarelawan.

“Sebagai seorang ibu, saya mahu anak saya melihat dan merasa bagaimana menjadi sebahagian daripada komuniti dan membantu orang lain.

“Melalui aktiviti sukarelawan ini, mereka dapat belajar tentang pentingnya memberi dan berbakti kepada masyarakat,” ujar Ninie.

Ezzatie, seorang pelajar SPM, turut memanfaatkan cuti sekolahnya untuk menyertai aktiviti sukarelawan kali kedua. 

“Ini adalah kali kedua mengikuti aktiviti sukarelawan dan pertama kali terlibat dalam majlis Aidilfitri.

“Saya rasa pengalaman ini sangat memberi makna kerana suasana terbuka,” jelas Ezzatie.

Tidak ketinggalan, Qhamiesah yang kini sedang mengambil sijil kemahiran juga hadir untuk merasai sendiri pengalaman beraya di Sarawak.

Dia sangat seronok berkenalan dengan orang baharu dan merasakan nilai persahabatan yang sangat berharga dalam suasana seperti ini.

“Saya sangat gembira kerana dapat berkenalan dengan ramai orang baru dan menyertai majlis yang penuh kemeriahan ini.

“Ia memberikan saya pengalaman yang tak akan saya lupakan,” kata Qhamiesah.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang diadakan di Bakam ini bukan hanya sekadar acara perayaan, tetapi juga menjadi platform untuk masyarakat tempatan dan pengunjung berkongsi pengalaman serta mempereratkan hubungan sosial dalam suasana penuh harmoni dan kegembiraan.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok