Lelaki 40-an ditemukan mati atas bumbung pasar

SEORANG lelaki ditemukan meninggal dunia di atas bumbung Pasar Siti Hajar, dekat Pasir Puteh, Kelantan, awal pagi tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4.59 pagi.

Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan II, Siti Nor Raihan Mohamed Harami berkata, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Fire Response Vehicle (FRV) bergegas ke lokasi.

Setiba di lokasi, katanya, pasukan mendapati lelaki berusia 40-an itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak hospital,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria, ketika dihubungi Berita Harian mengesahkan kejadian terbabit.

Beliau berkata, maklumat lanjut akan dikongsi selepas laporan lengkap diperoleh pihak polis.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar